Tuesday, December 13, 2011

Video Gol Harimau Muda vs Sydney FC..

Harimau Muda bakal berdepan Sydney FC pada pukul 11.30 pagi waktu Australia (pukul 8.30 pagi waktu Malaysia) sebelum menentang Central South Mariner esok dan menutup aksi menentang Newcastle Jets pada 19 Disember ini.


Difahamkan, Central South Mariner merupakan antara pencabar utama Liga Australia (Liga A) musim lepas, manakala Sydney FC dan Newcastle Jets pula merupakan pasukan-pasukan yang menghuni pertengahan liga.

Antara muka lama yang dijangka mendapat kepercayaan Kim Swee dalam kesebelasan utama dalam ketiga-tiga perlawanan itu nanti termasuklah kapten pasukan, Khairul Fahmi Che Mat selain Wan Zack Haikal Wan Nor, Mohd. Irfan Fazail, Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Mohamad Fadhli Shas, Muhammad Nazmi Faiz Mansor, Syahrul Azwari Ibrahim dan Fakri Shaarani.

Untuk video gol (video kurang jelas) klik SINI ..
**video kat wall..sila like fanpage dulu**

No comments:

Post a Comment