Monday, January 31, 2011

Follower ke 1111..

Assalamualaikum semua..Alhamdulillah hari ni follower waveX semakin bertambah lagi..Tak banyak pun, sikit-sikit je..Sebelum nak cerita kisah follower bertuah ni, waveX nak menyeru kepada semua agar mendoakan keselamatan sahabat-sahabat kita di Mesir..

Keadaan kacau bilau yang berlaku telah menggugat keselamatan penduduk di Mesir..Termasuklah 11, 000 rakyat Malaysia yang kebanyakkannya adalah student di sana..Di samping tu, saudara-saudara kita di Segamat dan di Melaka yang mengalami banjir..Doakan kesejahteraan kepada mereka semua..InsyaAllah..

Baik, follower ke 1111 ni adalah seorang wanita..Tengah hari tadi wave perasan yang follower blog dah 1110, jadi dengan lajunya wave pun post kat Group SB di FB menyatakan bahawa follower bertuah 1111 akan dapat entry khas dari wave..Dengan kelajuan kuasa kuda, si Lily telah berjaya bertindak dengan pantas dan meng'follow' blog wave..


Jadi, entry khas untuknya..hehe..Blog Lily: NotaTanpaChapter, bertuankan seorang insan bernama Lily Kamaruddin..Sedikit kata-kata hikmat dari Lily..
An ordinary girl who just entered into new world which is blogging..Wanna share my life story with friends & others..Also wanna make new friends & keep in touch with existing friends..For anyone that feel free to teach me how to improve my blog, i appreciate it very2 much.
Jom kita tengok blog Lily ni..


Terima Kasih kepada semua yang menyokong blog wave ni..Tanpa korang semua..follower wave tak kan sampai seperti sekarang..

Konsert Maher Zain 2011 Di Stadium Melawati Shah Alam - 25 dan 26 Februari 2011..

Konsert Maher Zain yang akan diadakan kali ini akan membariskan pemuzik-pemuzik professional dari Malaysia dan Mesir. Selain penyanyi Maher Zain sebagai artis utama, konsert ini akan turut menampilkan Mesut Kurtis(artis dari Macedonia) dan Irfan Makki(dari Kanada) serta tidak ketinggalan Kumpulan Inteam(artis tempatan).

Venue : Malawati Stadium, Shah Alam
Dates : 25th & 26th February 2011



Sebarang tempahan tiket boleh dapatkan di http://www.tickethotline.com.my/
Lagu InsyaAllah dalam Bahasa Melayu + Lirik  - Klik SINI..

Boleh ke Update Blog Time Kuliah..

Assalamualaikum, macam biasa la..Hari isnin dah start kuliah..Update dalam lecture hall ni..hehe..Nasib baik ada iPod ni..

Kalau jadi blogger kat mana pun mesti terfikir nak update je kan..Tapi kalau femes macam ben ashaari lagi best kan..Sekali update beratus yang datang..Macam mana nak jadi macam tu??
Korang tak teringin ke??

Saja nak luahkan yang tu ja..Sekarang free sementara tunggu prof masuk..Ok la..Jom study dulu..hehe..Jangan malas-malas ye semua..

~pen off~

Sunday, January 30, 2011

Maher Zain : InsyaAllah Malay Version + Lirik..

Assalamualaikum semua..Jom kita bernasyid hari ni..Lagu nyanyian Maher Zain yang ditukarkan kepada Bahasa Melayu..Sangat menarik dan mengagumkan..Lirik disertakan di bawah ye..






Andainya..
Kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram,bagai malam yang gelap
tiada bantuan,tiada tujuan

Janganlah berputus asa..
Kerana Allah bersamamu..

[chorus]

InsyaAllah… InsyaAllah…
InsyaAllah… Ada Jalannya…

Andainya..
Kesalmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Tika keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu

Janganlah berputus asa…
Kerana Allah bersamamu…

[chorus]

Kembalilah….
Kepada yang esa
Yakin padanya,panjatkanlah doa..
OOoo~ Ya Allah…
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar..
Jalan yang benar…Jalan yang benar..
Jalan yang benar…
[chorus]







Semoga terhibur..
Untuk maklumat terkini konsert Maher Zain 2011...
Konsert Maher Zain 2011 Di Stadium Melawati Shah Alam - 25 dan 26 Februari 2011..

Terkejut Tengok Earning Nuffnang..

Assalamualaikum semua..Selamat pagi dan salam 1 Malaysia..Hm..Hari ni wave nak mengisahkan cerita apabila pagi tadi wave bangun dan apabila wave buka http://www.nuffnang.com.my/ berpinar sekejap mata..Betul ke apa yang aku tengok..

Entry ni bukan nak menunjuk-nunjuk atau untuk berbangga diri..Tapi sebagai pemberi semangat kepada blogger lain..Memang tak sangka..Dalam masa 2 bulan wave boleh dapat amount sebanyak tu dari nuffnang..

Tapi rasanya orang lain lagi banyak dari jumlah ni..Biasala..Blogger picisan macam wave ni, dapat tiga angka pun dah kira banyak..Terima kasih kerana sudi mendengar celoteh insan kerdil ni..

 
Sekian..

Jom Syok Sendiri..

Ni gambar aku bila aku besar nanti..Gambar untuk letak dalam majalah..:)
Aku sedar kini aku menjadi tumpuan ramai..Ketika aku berjalan, ada saja mata yang akan memerhatikan aku.."Arghh, famous pun susah" benakku membentak..

Treeettt, treeeetttt...

"AWAK KAT MANA TU..DAH SEJAM SAYA TUNGGU AWAK".. Rupa-rupanya mesej dari seorang wartawan comel yang sedang menunggu kehadiranku..Aku bukan sengaja terlewat, tapi kemalangan kecil dengan seorang kanak-kanak tadi melambatkan perjalananku..Lima minit kemudian..Aku tiba di depan pintu restoran.."Hmm, mesti yang comel berbaju pink tu" hatiku meneka..Tekaan aku tepat sekali..(..memang la tepat..dia sorang je dalam restoran tu..) Si comel itu mempelawa aku duduk..

Wartawan : Assalamualaikum bang..(..ehem..ehem..)
WaveX : Waalaikumsalam..Kenapa macam tak ada orang je restoran ni??
Wartawan : Tadi ramai..Sekarang dah nak tutup tapi saya mintak manager dia tambahkan masa untuk saya, sebab interview blogger kacak ni..(..aku buat seperti biasa..control macho la katakan..)
WaveX : Kalau macam tu cik boleh mulakan sekarang..Kesian pulak tengok waiter-waiter restoran kena tunggu kita..

Wartawan : Baik..Sebelum bertanya saya nak ucap terima kasih kerana sudi datang walaupun lewat..(..dia tersenyum sinis..)..Ok, soalan pertama saya..Boleh berikan nama glamour encik dalam dunia maya ini ?
WaveX : Nama saya WaveX Rider..Tapi saya bukan adik kamen rider..

Wartawan : Kenapakah encik memilih nama tersebut ?
WaveX : Oohh..Mudah je formulanya..Disebabkan saya pemandu motor honda wave125X, jadi saya rasa nama ni amat cocok dengan saya..

Wartawan : Kenapa anda berblogging ?
WaveX : Saya menulis blog untuk memenuhkan masa lapang saya di samping mencurahkan segala pandangan dan pendapat saya kepada orang ramai..

Wartawan : Siapakah pemberi semangat anda ?
WaveX : Kawan-kawan dan para blogger yang sempoi-sempoi belaka..

Wartawan : Sudah berapa lamakah anda berblog ?
WaveX : Hampir mencecah setahun..Biasala, blogger kurang tegar..

Wartawan : Siapakah idola anda dalam dunia blogging ini ?
WaveX : Hmm, idola saya torres..Eh, torres ada blog tak ? Disebabkan segmen ni Ben Ashaari buat, so, idola saya Ben Ashaari la..

Wartawan : Kenangan manis anda dalam dunia blogging ?
WaveX : Saya ingat pernah sekali time tulis blog tu saya tengah makan gula-gula..Manis la tu..hehe..Hmm, kenangan manis saya bila saya update pasal bola..Mesti ramai masuk terjah..

Wartawan : Kenangan pahit anda dalam dunia blogging ?
WaveX : Kenangan pahit sukar nak saya lafazkan..Walaupun pahit, saya akan cakap jugak..Masa tu time blog saya bersarang labah-labah selama beberapa bulan..Masa tu traffik memang hancur..Disebabkan oleh kekangan tertentu..saya terpaksa tinggalkan blog saya..Tapi sekarang dah ok..

Wartawan : Pencapaian terbaik anda dalam dunia blogging ini ?
WaveX : Saya pernah mendapat satu buffered earning yang mencecah 100 ringgit hanya dengan satu iklan tersebut..

Wartawan : Selain berblog , apakah minat anda ?
WaveX : Saya suka bermain futsal dan bola sepak..

Wartawan : Bagaimana anda membahagikan masa anda diantara berblog dengan aktiviti yang lain ?
WaveX : Macam orang lain jugak, tak banyak bezanya..Saya hanya akan meluangkan masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk update dan Blogwalking..

Wartawan : Pendapat anda mengenai dunia blog di malaysia ini ?
WaveX : Dunia blog kat Malaysia ni amat aktif..Biasala, syarikat pengiklanan maya pun dah semakin bertambah sekarang ni..Blogger baru pun semakin banyak..Macam cendawan tumbuh lepas hujan..

Wartawan : Nasihat anda untuk mereka jika ingin memiliki blog sendiri ?
WaveX : Nasihat saya agar semua blogger menjaga keharmonian dunia blog ini dan tidak merosakkan nama baik blogger..Lagi satu, jangan lupa setiap apa yang kita tulis jangan terlalu teruk dan menyentuh isu-isu sensitif..

Wartawan : Baiklah encik wave..Dah lewat ni..Saya pun datang naik teksi je ni..
WaveX : Ok-ok, waiter-waiter pun dah tertidur..K la, Kasi gempak sikit tau slot saya dalam majalah tu..

Wartawan : Ok, thanks for your details..
WaveX : Afwan..

Aku terus menuju ke motosikal Wave aku..Aku memandu laju untuk pulang..Tiba-tiba ada seekor biawak melintas, aku mengelak, lalu...Geedebukkk...Adusssssssss....Aku melihat kaki katil di sebelahku.."Hmm, tidur tak basuh kaki, macam ni la jadinya" bisik hatiku...

p/s - Seronok segmen baru Ben Ashaari ni..Kalau korang nak join sila klik kat gambar Ben yang kat atas sekali tu..

Saturday, January 29, 2011

Keputusan Liga Super 29/1/2011 dan Keputusan Piala Sumbangsih 2011..

Assalamualaikum semua..Kesemua tujuh perlawanan berlangsung hari ini..6 perlawanan dilangsungkan pada waktu malam..Manakala perlawanan antara Johor dan Sabah dilangsungkan pada waktu petang..Perlawanan Sumbangsih antara Selangor dan Kelantan yang turut juga dilangsungkan malam ini..Perlawanan dilangsungkan di Stadium Shah Alam, Selangor..

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN.. 

Terengganu (0) vs (0) Sabah
Johor FC (0) vs (0) Felda United
Selangor (0) vs (2) Kelantan
K.Lumpur (1) vs (1) Perak
Kedah (0) vs (0) T. Team
Negeri Sembilan (1) vs (0) Harimau Muda
Pahang (3) vs (1) Perlis


p/s- Keputusan penuh perlawanan adalah seperti di atas..Untuk keputusan kedudukan pasukan akan diupdate..Klik SINI untuk jadual perlawanan..Untuk melihat jersi-jersi pasukan sila klik SINI..

Segmen Hujung Minggu Bersama BEN ASHAARI..

Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa..Kelibat seorang jejaka kelihatan dari tadi..Seperti biasa, orang itu akan melangkah pergi ke sebuah bilik kecil yang direka khas olehnya..Kedengaran bunyi burung berkicau seperti menyambut kedatangan insan itu..

Wajahnya yang tampak sedikit kusut kerana baru bangun tidur tidak mematahkan semangatnya untuk melangkah ke tempat itu..Namun di dalam hatinya masih ada perkara yang perlu dilakukan..Di tangannya sebuah gadget kecil yang berwarna biru putih dipegang rapi..Mungkin risau disambar sang helang yang dari tadi berlegar-legar di ruang udara..

Setibanya di bilik kecil itu, jejaka ini sepeti biasa mahu memulakan aktivti hariannya..Namun, fikirannya masih tidak tenang..Dia terduduk sebentar..Niatnya untuk bersenam di gymnasium itu terbatal..Ada sesuatu dalam fikirannya..Kali ini dia tersandar kebingunggan..Dia merenung jauh dan terus membuka gadget kecil biru tadi..

macam ni la rupa dia..hehe
Tiba-tiba " Arghhhhh..Aku nak buat segmen apa lagi ni.." keluh Ben Ashaari..

p/s - hehe..saja je berkarya pagi-pagi bro..jangan marah ek..Apa pun memang style la gaya tu..Jom join segmen ni..Klik SINI..

Friday, January 28, 2011

Yuna dan Jojo Struys..

Kehadiran Yuna di persada seni tanah air tempatan harus diakui telah mengubah iklim industri muzik tanah air.

comei kan..hehe..kredit to Kosmo Online..
Di kala pasaran muzik semakin suram, kemunculan gadis manis dengan imej bertudung ini pantas menarik perhatian ramai.

Usianya dalam muzik arus perdana baru setahun jagung tetapi populariti dan pengiktirafan yang diberikan kepadanya setaraf dengan penyanyi ternama sedia ada.

Gadis yang berasal dari Alor Setar, Kedah ini sudah pun menandatangani kontrak bersama syarikat rakaman Feder Label dan bakal merakamkan lagu-lagu terbarunya di Kensaltown Studio.

Justeru, untuk berkongsi bersama para peminatnya, pengacara terkenal Jojo Struys akan mengarah sebuah program TV dan juga akan dimuatkan ke laman sesawang www.yunainspired.com mengenai perjalanan karier Yuna..

Untuk bacaan penuh sila ke Kosmo Online..

Orang Miskin Yang Sombong..

"Golongan yang tidak dipandang oleh Allah SWT kelak : orang tua yang berzina, pemimpin yang berbohong dan orang miskin yang sombong"
HR Muslim

Apakah yang dimaksudkan dengan orang miskin yang sombong??
Adakah orang yang miskin harta?? Ataupun orang yang miskin ilmu?? Dimanakah kita sekarang..Adakah kita cukup kaya dengan ilmu-ilmu agama?? Mengapa kita perlu sombong sedangkan kita tak tahu apa-apa..

p/s-tambahkan ilmu-ilmu agama disamping berblogging..masuk laman-laman web seperti iluvislam dan sebagainya..

Wednesday, January 26, 2011

Jawapan Kuiz 22/1 dan Pemenangnya..

Assalamualaikum semua..Maaf kerana lambat mengumumkan keputusan kuiz yang waveX jalankan hari tu..Walaupun sambutan yang kurang menggalakkan namun ada juga yang mencuba sedaya upaya..Pemenang ditentukan melalui kelajuan dan ketepatan jawapan..Klik SINI untuk melihat soalan kuiz..

Bagi yang mencuba menjawab, waveX ucapkan ribuan terima kasih..Bagi yang tidak berjaya, jangan putus asa..InsyaAllah lepas ni ada lagi..hehe..Jawapan kepada soalan tersebut adalah seperti berikut..

Jawapan..
1. 10 entry 
2. Seluar
3. Semua jawapan yang logik dan berkaitan akan diterima.. 
4. Pagar (harapkan pagar, pagar makan padi) 
5. Honda Wave 125 X
6. 6 Kaedah Blogwalking Berkesan..(Shoutmix & Cbox)..

Daripada semua penyertaan seorang sahaja yang dapat menjawab dengan tepat..Dan dia jugak yang paling pantas..

Pemenang kuiz ialah Norfa

Tahniah kepada pemenang..

Pengetua AF9 : Ahmad Dhani Dewa 19..

Assalamualaikum semua..Nampaknya teka-teki yang ditunggu-tunggu telah terjawab..Siapakah pengetua AF9??
Sekarang sudah terjawab persoalan tersebut..Namun adakah keputusan ini diterima oleh peminat-peminat AF yang sanggup menghabiskan kredit menghantar undian??

" Vokalis dan pengasas kumpulan Dewa, Ahmad Dhani, dari Indonesia dipilih sebagai pengetua Akademi Fantasia (AF) musim ke-9 yang akan memulakan siarannya April depan."

Mengapa orang Indonesia?? Mungkin ramai yang tertanya-tanya..Jangan panik!! Kita nantikan penjelasan dari pihak astro sendiri..


Kita nantikan kelainan yang ingin astro bawakan..Apa pun industri muzik tanah air akan lebih maju setapak..

Untuk info lanjut tentang AF9, sila ke laman rasmi Akademi Fantasia 9, atau boleh like Facebook AF9..

Tuesday, January 25, 2011

Jadual Liga Super 29/1/2011 (Sabtu)

Hari Sabtu ni akan berlangsung perlawanan pertama liga super musim 2011 ini..Perlawanan Sumbangsih antara Selangor dan Kelantan yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam..

Perlawanan Sabtu ini juga menyaksikan 2 perlawanan akan dilangsungkan pada waktu petang pukul 4.45 ptg..Perlawanan yang dilangsungkan pada waktu petang ialah perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin dan Stadium JCORP..Perlawanan lain akan berlangsung seperti biasa pada pukul 8.45 malam..Dibawah disertakan jadual penuh perlawanan..

Terengganu vs Sabah
Johor FC vs Felda United
Selangor vs Kelantan
K.Lumpur vs Perak
Kedah vs T. Team
Negeri Sembilan vs Harimau Muda
Pahang vs Perlis

Monday, January 24, 2011

Jip Terbabas Masuk Longkang..Seorang Wanita Maut..

KUANTAN: Seorang wanita maut selepas kenderaan yang dinaikinya terbabas di Km 46.6 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pada 3.50 pagi, semalam.

Pegawai Turus Trafik Pahang, Deputi Superintendan Mohd Najid Jusoh berkata Allya Abu Bakar, 33, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di bahagian kepala.

"Mangsa bersama suami dan tiga anaknya dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur. Suami dan anak mangsa hanya cedera ringan.

"Sampai di tempat kejadian kenderaan yang dipandu suami mangsa terbabas ke kiri jalan sebelum terjunam ke dalam longkang," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata kejadian dipercayai berpunca apabila kenderaan yang dinaiki keluarga itu cuba mengelak kenderaan lain yang memasuki laluannya.- Bernama

credit to myMetro ..

Bagaimana Untuk Membuat Kajian..

Assalamualaikum semua..Hari ni wave nak kongsi dengan korang bagaimana kaedah atau step untuk membuat kajian..Just nak kongsi basic je..Kalau nak maklumat lanjut sila search internet la ye..

Apa yang kita perlu lakukan??

1.Timbulkan persoalan..
2.Membuat hipotesis..
3.Mengumpul data/maklumat..
4.Menganalisis data..
5.Menterjemah data..
6.Membuat kesimpulan/konklusi..
7.Berbincang dan berkongsi keputusan kajian..

Sunday, January 23, 2011

Bayaran Iklan CPA Nuffnang : 1st Time Dapat...

Assalamualaikum semua..Iklan CPA ( Click Per Action ) yang baru diperkenalkan oleh Nuffnang ternyata memberi pulangan yang lumayan..Mesti semua teruja nak tau kan..Iklan CPA ini sangat aktif dan akan sentiasa ada di blog anda jika tiada iklan CPC atau mCPM yang aktif di blog anda..

Iklan CPA akan dibayar jika ada orang membuat pembelian melalui website anda..Seperti yang kita tahu, setakat ini hanya iklan dari MilkADeal sahaja yang wujud bagi CPA..Mungkin lepas ni akan datang banyak lagi iklan selepas melihat keberkesanan yang dijalankan oleh Nuffnang..

Iklan pertama yang mula-mula aktif ialah iklan jimat 60% iaitu boleh CUT+WASH+BLOW DRY dengan harga RM30 je daripada harga sebenar RM70.


Terbaru, jimat 58% iaitu hanya RM15 untuk pizza atau pasta + ice lemon tea berbanding harga asal RM36 di Allegro, Subang Jaya.
 

Di bawah ni disertakan bukti yang waveX dah dapat pembayaran pertama dari Iklan CPA Nuffnang..Agak lumayan la jugak..

Terima Kasih kepada Nuffnang..Kesetiaan menjamin kejayaan anda..

Saturday, January 22, 2011

Soalan Kuiz (22/1/2011) : Bermula..

Assalamualaikum semua..Walaupun tak cukup 50 orang tapi wave tetap nak jalankan jugak kuiz ni..Tadi saja gempak je..Jadi seperti yang ditunggu-tunggu..Korang kena jawab 6 soalan mudah..Jawapan anda komen kat entri ni..Sesiapa yang berjaya menjawab dengan cepat dan tepat akan menerima hadiah..

Soalan
1.Berapakah jumlah entri dalam blog waveX rider yang dilabelkan dengan kesihatan??
2.Dalam banyak-banyak sel kat manusia..Sel apa yang berada kat luar??
3.Dalam entri "Kisah Nabi Daud dengan Ulat" dalam blog ni, berikan satu pengajaran yang korang dapat..
4.Selain daripada binatang dan burung..Apa lagi yang makan padi??
5.Daripada motor model apakah FanPage FB WaveX Team mendapat nama??
6.Berikan tajuk entri yang terbaru di bawah label tutorial..

2 pemenang akan diberikan hadiah..
Pemenang pertama akan mendapat topup RM5..Pemenang kedua akan dapat pengiklanan secara percuma di blog wave sampai 15/2..Jawapan boleh search kat google atau search kat blog ni..Dilarang meniru ye..hehe
Kepantasan anda adalah segala-galanya..hehe..

p/s-Semua dijemput join..Tiada syarat dikenakan..

Mencari 50 Blogger Untuk Kuiz Petang Ni..

Assalamualaikum semua..Petang ni sebelum pukul 4.30 wave nak buat kuiz mudah untuk korang..Hadiahnya sama seperti kuiz yang lepas..Beberapa soalan kuiz mudah akan diberikan..2 Jawapan yang paling cepat dan tepat saja yang akan menerima hadiah..

Syaratnya mesti cukup 50 blogger yang cakap nak join baru kuiz ni akan dijalankan..
InsyaAllah cukup rasanya..SILA KOMEN KAT ENTRY NI CAKAP NAK JOIN YE..

Semua layak untuk join..Tak perlu buat entri..Pemenang dikira berdasarkan sapa yang cepat dan tepat..

p/s - Kepada sesiapa yang ingin menaja kuiz ni boleh mesej kat facebook waveX..Tips untuk anda..Untuk memudahkan korang cepat dapat update dari blog wave sila add FanPage FB WaveX Team, Facebook WaveX dan Twitter waveX..

Contoh soalan kuiz sebelum ni :: Klik SINI  dan keputusannya..

PR Google Baru Update..Jom Semak..

Assalamualaikum semua..Walaupun dengan kepeningan yang melanda diri wave nak update jugak blog hari ni..Hmm..Kalau korag perasan, Page Rank Google telah pun diupdatekan..Wave baru perasan pagi ni..Alhamdulillah blog picisan ni naik satu anak tangga jadi PR2..


Blog korang macam mana?? Mesti naik mencanak kan..Jom la tengok..Bagi yang tak tau apa itu PR ni, korang kena ambik tau la..Penting jugak ni..PR google ada dari PR0-PR10..Kalau korang boleh mencapai yang PR10 kira otai la..haha..Yang tu Facebook dengan Google je..hehe..Kalau Korang boleh sampai PR 4 dah kira ok..

PR ni penting apabila google nak search word kat blog korang..Contohnya orang yang PR tinggi akan lebih diutamakan oleh Google..Tapi kadang-kadang Google tengok sapa yang update dulu..Mekanisme apa yang Google pakai masih menjadi misteri..Tapi Google tak tindas orang bawah..Tak macam blogger..Hahaha..

Ok la..Nak check kan..Klik SINI..

Friday, January 21, 2011

Ayu Raudhah, Zaquan selamat diijabkabul..

ALOR SETAR 21 Jan. - Pelakon popular, Ayu Raudhah Che Wan dan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd. Zaquan Adha Abd. Razak sah bergelar suami isteri setelah selamat diijabkabulkan, di sini hari ini.

Ayu, 27, dan Zaquan, 24, dinikahkan oleh Imam Masjid Sultanah Bahiyah, Mustafa Kamil Abdul Jamil dalam satu majlis di masjid itu di sini pada pukul 3.30 petang.


Pada majlis itu, Ayu diwalikan abangnya, Roshidi Che Wan, 31.

Zaquan yang juga pemain skuad Negeri Sembilan melafazkan akad nikah dengan sekali lafaz sebelum menandatangani ikrar sebagai pasangan suami isteri dan kemudian diikuti dengan acara menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai RM1,888 dan menyarung cincin ikatan pernikahan dan acara membatalkan air sembahyang.

Majlis serba sederhana itu turut disaksikan oleh lebih 100 jemputan termasuk ibu Ayu, Zabedah Saat; ibu bapa Zaquan, Abd. Razak Abdul Radzak Salleh dan isteri, Azizah Arshad, anggota keluarga serta rakan kedua mempelai.

Majlis persandingan mempelai akan berlangsung malam di rumah pengantin perempuan di Taman Mawar di sini bermula pukul 8 malam yang dijangka dihadiri lebih 1,000 jemputan termasuk rakan artis dan pemain bola sepak negara. -credit to Utusan

Syukur dan Sabar..



"Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur, itu lebih baik baginya.Jika kesusahan menerpanya maka dia bersabar, itu lebih baik baginya"..
HR Muslim

Hadis ini menganjurkan kita supaya sentiasa bersyukur apabila mendapat nikmat dari Allah..Bagaimana yang mengatakan kita telah bersyukur??Apakah caranya??

Banyak cara untuk bersyukur, yang antaranya berdoa kepada Allah, melakukan sujud syukur, meningkatkan amalan-amalan sunat dan sentiasa patuh pada perintah Allah..

Yang kedua, hadis ini menyuruh kita bersabar apabila kita menerima musibah..Sifat sabar adalah sifat yang terpuji dan disukai oleh Allah..Seperti yang kita tahu Nabi Muhammad sentiasa diuji dengan pelbagai cabaran..Namun dengan sifat sabar, baginda telah berjaya menyampaikan agama Islam dengan penuh berhikmah..



Sekian..~pen off~

Perkahwinan Ayu Raudah..


Teka-teki bilakah tarikh perkahwinan pasangan popular Ayu Raudah,25 bersama pemain bola sepak negara,Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 23, akan berlangsung akhirnya sudah pun terjawab apabila Zaquan yang juga adik ipar kepada pelakon Rita Rudaini telah memberitahu sendiri bahawa dia bakal mengahwini kekasih hatinya itu pada tanggal 20 Januari 2011.

Untuk berita penuh sila ke Murai.Com..

Wanita Solehah : Wanita Idaman Lelaki..

Wanita idaman lelaki ialah,
yang hatinya disalut taqwa kepada ALLAH,
yang jiwanya penuh penghayatan trhadap Islam,
yang sentiasa dahaga dengan ilmu,
yang sentiasa haus dengan pahala,yang solatnya maruah dirinya,
yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
yang tidak pernah gentar melawan nafsu,

Wanita idaman lelaki ialah,
yang menjaga tutur katanya,
yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang dermawan ,
yang mempunyai ramai teman,
dan tidak mempunyai musuh bersifat syaitan,

Wanita idaman lelaki ialah,
wanita yang menghormati ibunya,
yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya dan keluarga,
yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
yang sabar mendidik suami dan anak-anak mendalami agama,
yang mengamalkan hidup penuh sederhana,
kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat,

Wanita idaman lelaki ialah,
yang sentiasa bersedia untuk menjadi insan yang hakiki,
yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan sunnah nabi,
yang boleh diajak berbicara dan berdiskusi,
yang menjaga matanya dari pandangan duniawi,
yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Ya Rabbi,

Wanita idaman lelaki ialah,
yang tidak pernah membazirkan waktu,
matanya kepenatan kerana penat menimba ilmu,
suaranya lesu kerana lidahnya tak henti memuji dan mengingatiMU,
tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
bangunnya Subuh penuh penghayatan,
kerana sehari lagi usianya bertambah penuh keinsafan,

Wanita idaman lelaki ialah,
yang sentiasa mengingati mati,
yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang sempurna,
meneruskan perjuangan Islam sebelum tibanya Kiamat,

Wanita idaman lelaki ialah,
yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
kerana dia mengimpikan syurga,
di situlah mahligai impiannya,
dialah WANITA IDAMAN LELAKI seadanya....

Thursday, January 20, 2011

1 BE selepas Nuffnang buat Site Maintenance..

Salam semua..Alhamdulillah, dapat lagi satu BE hari ni..Ingat ke Nuffnang dah tak nak bagi..Ye la kan blog picisan je..Pengunjung pun tak ramai..Pagi tadi time buka website nuffnang keluar kode berbagai..Rupanya tengah dalam proses maintenance..


Malas nak berbicara panjang..Just nak cakap dapat BE je..Hehe..Rasanya ramai yang dapat..Ni iklan baru ni..Sapa-sapa yang dapat tu kongsi la sekali kat sini..Iklan happy Digi tu..Yang bawah sekali tu yang baru..DiGi Happy..Iklan skyscraper..Tapi macam tak nak keluar je iklan tu kat blog ni..:)

K..Sekian..

Drebar lori maut motosikal terbabas..

SEREMBAN: Seorang pemandu lori terbunuh selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Jalan Lingkaran Tengah berhampiran Kampung Datuk Mansor, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, Hasim Hassan, 59, yang menunggang motosikal Suzuki TXR 150 maut di tempat kejadian kerana parah di kepala.

Jurucakap polis berkata, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian untuk melakukan siasatan sebaik menerima maklumat mengenai kemalangan itu.

Menurutnya, berdasarkan kepada siasatan, kemalangan dipercayai berlaku selepas mangsa gagal mengawal motosikal ditunggangnya menyebabkannya terbabas dan terbalik.

“Mangsa yang terjatuh mati kerana parah di kepala dan kejadian dipercayai tidak membabitkan kenderaan lain.

“Polis bagaimanapun masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kemalangan itu dan pada masa sama meminta kerjasama orang ramai melihat kejadian supaya tampil bagi membantu siasatan,” katanya.

Untuk berita penuh sila ke Halaman myMetro..

Wednesday, January 19, 2011

Auto Blogwalking?? Apakah itu??

Assalamualaikum semua..Selamat bercuti kepada semua..Bagi yang tak bercuti tu kerja la seikhlas hati ye..Tak ada apa yang nak wave cerita petang ni, just nak kongsi apa itu auto blogwalking..Wave dengar dunia blogging ni kecoh dengan blogwalker penipu..Haha..Macam-macam ada kan..Tapi, kira hebat la brother yang cipta software tu..Dapat membantu orang menaikkan traffik dengan mudah..


Auto blogwalking tu orang guna software yang membolehkan software tu berfungsi sendiri..Hanya letak list-list blog dan komen apa yang korang nak komen kat Shoutbox diorang tu..Wave tak menyokong mana-mana pihak..Bagi wave mungkin itu cara dia nak promosi blog dia..Tetapi janganlah menipu orang..Jangan tulis yang mengatakan 'saya singgah blog awak'..'Saya terjah blog awak'..'Blog awak cantik'..Kalau menipu macam ni memang tak patut la..Etika sebagai blogger pun kena ada jugak..Bukan kat tempat kerja je..

Tulis untuk promosi blog dah la..Contohnya.."Blog saya ada entri kambing bogel, jom la terjah"..Tak ada unsur penipuan disitu..Lagi bagus kalau tulis.."Saya guna Auto BW..Entri terbaru saya Kucing keluar makan dengan Anjing"..So, terpulang la kat si blogger tu..Kalau dia berminat dengan tajuk tu, so, masuk la blog orang tu dengan rela hati..Tak payah nak mengharamkan traffik pulak..Bagi yang dah lepas dah la..Kita maafkan, Sedangkan Nabi ampunkan umatnya..

Setakat ni je la..kalau sambung tulis memang waveX tak pandai nak berhenti..Mungkin pandangan wave ni ada salah..Mungkin ada betulnya..K..Sekian..

Cerita kat bawah ni lagi best...

6 Kaedah Blogwalking Berkesan..(Shoutmix & Cbox).. 
Dua Perkara Blogger Wajib Tahu.. 
3 Perkara Blogger Perlu Ambil Peduli..

Jersi Selangor 2011 dan Gambar Penuh Skuad Selangor 2011..

Assalamualaikum semua..Semalam (18/01/2011) pelancaran jersi baru Skuad Selangor telah dijalankan dan jersi baru Selangor telah ditayangkan secara rasmi..Majlis pelancaran dijalankan di Stadium Shah Alam..Di bawah ini disertakan gambar-gambar jersi baru pasukan Selangor yang ditaja oleh kappa dan MBI..

Gambar penuh Skuad Selangor..Sila klik kat gambar untuk image yang lebih besar..



Gambar-gambar lain..







Macam mana jersi baru Selangor??Cantik tak??
Kredit to Fanpage FB Selangor FC

Jersi-jersi negeri lain..
Jersi Kedah 2011
Jersi Kelantan 2011
Jersi Terengganu 2011
Jersi Perak 2011
Jersi T.Team 2011

Sekian..

Tuesday, January 18, 2011

3 Petua Elak Tidur Waktu Kuliah..

Assalamualaikum semua..Hari ni wave nak kongsi 3 cara yang wave guna untuk elak daripada tidur waktu kelas atau kuliah..Rasanya semua orang dah tau kaedah ni..Mudah dan praktikal..

1.Tidur awal malam sebelum kuliah..
Semua orang ambik remeh benda ni..Memang nampak simple tapi amat2 berkesan..Ramai bagi alasan ada kerja tak siap..Kerja boleh buat time petang..Kalau tangguh memang tak siap..

2.Tumpu perhatian waktu kuliah..
Kalau betul2 tumpu waktu kuliah memang confirm tak ngantuk..Ye la, dah bila korang faham mesti minat datang..Rasa nak tidur memang tak kan ada sebab kalau tidur mesti korang akan terlepas part2 yang penting..

3.Minum kopi atau minuman ber'caffein'..
Yang ni semua orang tau dah kan..Minum kopi ke nescafe ke radix ke..Banyak je produk2 yang sesuai..Dengar kata Mountain Dew pun ok gak..Banyak caffein..Tapi petua yang ke 3 ni kurang sihat la sikit..Banyak memberi kesan untuk kesihatan..

Sekian..wslm..

Monday, January 17, 2011

Jawapan Kuiz 16/1 dan Pemenangnya..

Assalamualaikum..malam ni wave nak umumkan keputusan kepada kuiz yang berlangsung semalam..Segmen kuiz yang pertama yang waveX jalankan..Sambutan agak dingin tapi jangan risau lepas ni ada lagi..Nantikan la ye..Untuk melihat Soalan Kuiz sila klik SINI..Di bawah ni disertakan jawapan kepada Kuiz semalam :

1. Rose Johari
2. City Chain Titus Xmas
3. 479 Following
4. Burung Belatuk
5. Benda baik. (benda buruk dijadikan teladan, benda baik dijadikan sempadan).
6. i)sembahyang di akhir waktu.
    ii)sembahyang seperti mematuk-matuk(cepat/tergesa-gesa).
    iii)sembahyang yang tidak khusyu.

Pemenang dikira melalui ketepatan dan kepantasan menjawab soalan..2 pemenang dipilih oleh juri..Keputusan adalah muktamad..Surat serta emel mahupun mesej tidak akan dilayan..
Pemenang :

1. ♀ syera teli ♀
2.bunga_lily_pink

Kedua-dua pemenang diminta menghubungi waveX dengan kadar yang segera untuk urusan hadiah..Sila hantar maklumat ke inbox FB waveX atau emel waveX.. wavexrider@gmail.com

3 Perkara Blogger Perlu Ambil Peduli..

Assalamualaikum semua..Terima kasih kerana sudi singgah sebentar untuk membaca celoteh waveX..Sebenarnya banyak perkara yang penting yang blogger perlu tahu dan perlu ambil cakna..Dari sekecil-kecil perkara hinggalah ke sebesar-besar perkara..WaveX hanya meng'highlight'kan 3 perkara basic yang memang amat-amat penting..

1.Berfikiran Kreatif..
Seperti yang kita tahu banyak blogger sekarang yang semakin kreatif..Ya, benar..Mereka bijak dalam meningkatkan traffik mereka..Namun, adakah traffik yang diperoleh adalah untuk jangka masa panjang? Bagaimana mahu mencari pembaca tetap untuk blog masing-masing? Tiada jawapan bagi soalan ini..Semua ni subjektif..Kreativiti blogger itu sendiri yang akan menentukan hala tuju blog masing-masing..Namun begitu, minat yang mendalam, tidak beputus asa dan kerajinan juga merupakan unsur penting dalam konteks ini..

2.Menghargai Karya Orang Lain..
Perkara yang kedua ini lebih tertumpu kepada sikap dan akhlak blogger itu sendiri..Kita sebagai manusia perlu bersyukur dan tahu berterima kasih..Allah ada menyebut di dalam Al-Quran..Hanya sedikit orang-orang yang bersyukur dengan nikmat-nikmat Allah..Sebagai blogger yang bijak anda mesti tahu bagaimana untuk menghargai karya orang lain..Rasanya tidak perlu waveX nyatakan caranya..

3.Tidak Sombong..
Ramai blogger terkenal kat Malaysia ni boleh dikatakan semuanya ok dan tidak sombong dengan orang lain..Peramah, mudah didekati dan tidak kekok untuk berkongsi idea dengan blogger-blogger baru..Namun, terdapat segelintir yang tak glamour pun..Poyo je lebih.. "Ranking Alexa aku tinggi!! PR aku 3..Tak penting pun trafik dari blogger-blogger ni..Traffik aku semua dari GOOGLE.." Golongan macam ni la yang amat keji sekali..Sombong-sombong pun tak ke mana..Salah ke kalau kita sama-sama bergerak dengan blogger-blogger baru??

Bagi wave 3 perkara ni amatlah penting dalam menghidupkan suasana blogging yang harmoni..Sekian setakat ni saja..Tak boleh tulis lagi nanti tak boleh berenti..Sekian..~pen off~

Tanduk Seladang Sebagai Alat Mengurut..

Seperti yang kita tahu, masyarakat zaman dahulu terkenal dengan perubatan secara tradisional yang unik..Tanduk seladang merupakan salah satu alat yang boleh digumakan untk mengurut..Menurut orang tua-tua tanduk ini mempunyai khasiat tersendiri yang boleh membetulkan urat saraf dan menyembuhkan sakit-sakit otot..

Namun begitu penggunaan tanduk seladang ini memerlukan teknik yang betul dan kemahiran yang tinggi..Sebelum itu jari-jemari digunakan dahulu untuk mengurut bagi mengesan kawasan yang mempunyai masalah urat..
kredit kepada KOSMO ONLINE!!
Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai alat ini sila layari Kosmo Online..Klik SINI..

Sunday, January 16, 2011

Soalan Kuiz Malam ini..(16/1/2011)..

Assalamualaikum semua..Nampaknya dah cukup 20 orang dan dah lebih pun..Jadi seperti yang ditunggu-tunggu..Korang kena jawab 5 soalan mudah..Sesiapa yang berjaya menjawab dengan cepat dan tepat akan menerima hadiah..

Soalan
1.Siapakah follower waveX yang ke-777??
2.Apakah iklan Buffered Earning yang sedang berjalan kat blog WaveX sekarang??
3.Berapakah jumlah orang yang wave follow kat twitter setakat ini??
4.Dalam banyak-banyak burung..Burung apa tak bela anak??
5.Selain dari tembok, pagar dan tiang..Apa lagi yang boleh dibuat sempadan??
6.Sebutkan salah satu ciri solat orang munafiq dalam post 3 Ciri Sembahyang Orang Munafiq dalam blog ni??

2 pemenang akan diberikan hadiah..
Pemenang pertama akan mendapat topup RM5
Pemenang kedua akan dapat pengiklanan secara percuma di blog wave sampai hujung bulan ni..
Jawapan boleh search kat google atau search kat blog ni..Dilarang meniru ye..hehe
Kepantasan anda adalah segala-galanya..hehe..

p/s-maaf lambat sikit..tadi wifi problem..

Soalan Kuiz Malam Ini : Hadiah Menarik Untuk Anda..

Assalamualaikum semua..Tiba-tiba malam ini waveX terfikir nak buat kuiz kat korang..Korang nak join tak??
Mudah je sapa yang komen paling cepat dan tepat akan mendapat hadiah yang ditawarkan..Mungkin hadiah tak seberapa, tapi saja ja wave nak kongsi dengan korang..

Tapi ada syarat jugak..Kalau lebih dari 20 orang yang berminat baru wave jalankan kuiz ni..Kalau kurang maaf la ye..Korang komen je kat entri ni cakap nak join..InsyaAllah cukup..Contest ni mudah je..WaveX akan post soalan tu sebelum pukul 10.00 malam ni..

Semua layak untuk join..Tak perlu buat entri..Pemenang dikira berdasarkan sapa yang cepat dan tepat..Nak tau ke hadiahnye..Em, nanti wave cakap..

p/s - Kepada sesiapa yang ingin menaja kuiz ni boleh mesej kat facebook waveX..Tips untuk anda..Untuk memudahkan korang cepat dapat update dari blog wave sila add FanPage FB WaveX Team, Facebook WaveX dan Twitter waveX..

Follower ke-999 dan Header Baru..

Assalamualaikum semua..Hari ni waveX nak ucap terima kasih kepada semua pembaca blog wave dan setinggi penghargaan kepada yang sudi follow blog waveX..Tanpa korang semua, follower tak mungkin mencecah angka 1000..

Wave nak buat entri khas kepada follower bertuah ni..Follower ke-999..Nama diberi Sufeenan..Maklumat yang dipaparkan pada profile macam ni.. "Musafir kelana di bumi Norwich, tinggal saudara tinggal segala..hanya yang ada satu matlamat satu perjuangan..!" 

Blog yang bernama *G.r.e.e.n Green G.r.a.s.s By T.h.e River*..Sebuah blog yang simple dan mesra alam..hehe..Terjah jangan tak terjah..

Dan waveX juga nak umumkan header baru blog waveX yang tak cantik tu..Tagline tu baru pikir tadi, kalau ada yang sama sila maklumkan ye..Mungkin wave terlepas pandang..
Sekian..

Related Post :
Follower ke-777..
Mid Fashion Shop dan Follower ke-888..

Saturday, January 15, 2011

Bapa Hempas Bayi..

Assalamualaikum semua..Tanggungjawab dan tugas seorang bapa adalah untuk menjaga dan mendidik anak-anak..Selain itu, bapa juga bertanggungjawab membesarkan anak-anak..Tapi yang ni apa cerita..Main hempas-hempas pulak..Ingat anak patung ka??


IPOH: Akibat sikap panas baran melampau, seorang lelaki bukan saja memukul isterinya dengan tali pinggang ketika bertengkar dengan wanita itu tapi turut menghempas anaknya berusia 18 bulan ke atas tilam nipis hingga bayi itu patah tulang paha kanan.

Kejadian berlaku di rumah keluarga berkenaan di Kampung Dato’ Ahmad Said, Manjoi di sini pada 7 Januari lalu, namun lelaki berusia 54 tahun itu ditahan polis kira-kira 4 pagi semalam selepas dia menyerah diri di Balai Polis Jelapang.

Akibat kecederaan itu, bayi lelaki berkenaan terpaksa menerima rawatan selama seminggu di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini sebelum dibenarkan pulang ke rumah semalam.


Apa nak jadi..Harap-harap tiada lagi kes macam ni lepas ni..Untuk berita penuh sila ke myMetro..

Akademi Fantasia 9 (AF9) 2011..

Assalamualaikum semua..Beberapa persoalan telah timbul mengenai rancangan realiti TV ni..Antaranya, ada yang mengatakan AF9 adalah AF terakhir..Jadi, AF kali ini akan diadakan secara besar-besaran dan pasti akan memberi kejutan kepada peminat..


Pengetua dan tenaga pengajar bagi AF9 akan diketahui selepas sidang media pada 24 Januari ini..Setelah 8 tahun bersiaran, Akademi Fantasia sentiasa mendapat sokongan kuat daripada para peminat..Mungkin lepas ni akan wujud siaran-siaran yang lebih menarik dari Astro..

Untuk info lanjut tentang AF9, sila ke laman rasmi Akademi Fantasia 9, atau boleh like Facebook AF9..

Panggilan Ke-2 : 50 Blog Untuk Bloglist..

Assalamualaikum semua..Semoga cuti hari ni penuh dengan perkara yang berfaedah la ye..Blogging pun berfaedah kan..Hmm..Semalam waveX ada buat entri 50 Blog Untuk Bloglist dan sambutan hangat telah diberikan..Dalam masa 1 malam sudah 32 blog yang berminat untuk berada dalam blog list waveX..

Korang macam mana..Tak nak join ke..Mudah je..Komen URL blog korang kat entri ni..Mudah kan..Lepas tu kalau nak follow waveX follow la..Tak paksa..Kemudian, kalau boleh letak blog wave dalam bloglist korang sekali..hehe..Di bawah ni disertakan senarai blog semalam..

1.http://paihujey.com/blog/
2.http://cahayafarihin.blogspot.com/
3.http://itsmewasabi.blogspot.com/
4.http://zety07.blogspot.com/
5.http://ainiromali.blogspot.com/
6.http://devilviernes.blogspot.com
7.http://liyalicious.blogspot.com
8.http://wangerrard.blogspot.com
9.http://saatkukembali.blogspot.com/
10.http://adibabdullah.blogspot.com/
11.http://mrnamie.com
12.http://www.amirulez.com
13.http://humblemodest.blogspot.com
14.http://emogurlz-emolovers.blogspot.com/
15.http://affanruslan.com
16.http://kisahtaksempurnadariku.blogspot.com
17.http://cintakuntumansyurga.blogspot.com/
18.http://annenyss.blogspot.com
19.http://sipenulismuda.blogspot.com/
20.http://nadeenuts.blogspot.com
21.www.bloggermiey.com
22.http://sunahmohammad.blogspot.com
23.http://alyaeyanaqaisara.blogspot.com/
24.http://jalanjatuh.com/
25.http://www.syasweetcandy.blogspot.com/
26.http://pilhanhati.blogspot.com/
27.annazanariah.blogspot.com
28.http://wangwangsenbei.blogspot.com/
29.http://sufeenan.blogspot.com
30.http://www.arcx13.com
31.http://lins-along-fitrlina.blogspot.com/
32.http://www.afizuddin.co.cc
33......
34......

Tunggu apa lagi..Selagi ada lagi ruang kosong tu..hehe..

Friday, January 14, 2011

50 Blog Untuk Bloglist..

Assalamualaikum semua..WaveX nak mencari kepada blogger yang sudi untuk berada dalam bloglist waveX..Em, kisahnya begini..Semalam waveX dah delete bloglist 2 yang ada kat blog ni sebab banyak blog dah tak aktif..
Jadi dengan ini waveX nak buat pencarian baru kepada sesiapa yang sudi untuk berada dalam bloglist di blog waveX ni..Asalkan blog aktif dan sentiasa update..Em, nak kena buat entry ke?? Tak perlu semua tu..Korang just komen kat entry ni bagi url blog korang..Mudah kan..hehe..

Disebabkan terlalu mudah waveX pun nak mintak la jasa baik korang untuk jadi Follower waveX dan letakkan blog waveX dalam bloglist korang..Wajib buat kalau tak, waveX tak terima URL korang..hehe..Gurau je..Tak wajib pun tapi digalakkan..

Tunggu apa lagi..Benda free ni..Cepat2..

Update Blog Guna iPod..

Assalamualaikum semua..Sebenarnya entri ni ditulis menggunakan iPod..Saja nak test je..Walaupun dah lama beli iPod ni tapi ni first time guna untuk update..

Kepada semua pengunjung jangan marah ye..hehe..Siapa-siapa yang ada ipod atau iphone korang boleh guna pelbagai application untuk update blog..Sekarang ni wavex update guna application Blog Writer..

Kepada rakan2 yang mahu mencuba boleh la try ye..Sekian..

Erti Cinta..

Assalamualaikum semua..Betul ke korang bercinta??Adakah cinta korang semua sehebat cinta ini..Sila baca hayati kisah ini..MasyaAllah..Tinggi betul cinta seorang isteri yang taat kepada Allah..

Setianya dan cintanya tanpa syarat..
biarpun ditinggalkan di tgh padang pasir oleh suami tercinta..

"Dipegang jubah suaminya. Matanya yang jernih merenung sayu.

“Apakah ini kerana Allah?” tanya hampir berbisik.

“Ya, wahai isteri ku. Semua ini kerana Allah,” jawab suaminya lalu segera berlalu.

Tanpa toleh, tanpa berpaling...

Mendengar jawapan itu Siti Hajar tidak berkata apa-apa lagi. Mata dan hatinya menghantar suaminya Ibrahim AS berlalu pergi...

Tega dan redha...

Kalau suami ku bertindak meninggalkan aku kerana Allah, aku mesti rela ditinggalkan juga kerana Allah, mungkin itulah rasa hati Siti Hajar sewaktu ditinggalkan Ibrahim..."

Subhanallah..inilah cinta yang sebenar2nya cinta..


Ya Allah..Bagaimana dengan kita?? Adakah kita sekuat itu?? Sekian..

Thursday, January 13, 2011

Kerja Kosong : Pemandu Bas Wanita dicari..

Assalamualaikum semua..Em,tajuk menarik hari ni..Wanita akan jadi pemandu bas?? Memang menakjubkan..Tapi bukan kat Malaysia..Berita kat Manila..Kalau kat Malaysia macam mana?? Agak-agak ramai tak golongan wanita yang akan pergi temuduga untuk kerja ni..

Mak Cik ni bawak hepy je..hehe..
Alasan syarikat pengangkutan ni sebab nak mengurangkan jumlah kemalangan..Kalau perempuan bawak lebih berhemah ke??Em, kalau teori ni betul apa salahnya kan..Lagipun pemandu lelaki kurang berdisiplin..Tak semua kot..

Nak tau kisah lanjut korang terjah la Sinar Harian..Klik SINI..hehe..Sekian..

Wednesday, January 12, 2011

Jersi Perak 2011 dan Senarai Skuad Perak 2011..

Jurulatih baru : Norizan Bakar (Cikgu Jan)
Penolong Jurulatih : Chong Yee Fatt

Jurulatih Piala Presiden : Abu Bakar Fadzim
Pembantu Jurulatih : Shamsul Saad

Senarai Pemain Terkini :

1 KHAIRUL AMRI
2 CHAN WING HONG
3 KHAIRI ZAINUDDIN
4 SYAHMAN ZAINUDDIN (MANDIN)
5 ARIFF ISMAIL
6 SYAZWAN ROSLAN (ATONG)
7 -
8 SHARULNIZAM MUSTAFFA (ARUL)
9 SYAFIQ JAMAL
10 NAZRI KAMAL (JELI)
11 MOHD SHAHRUL HAFIZ (BLACK)
12 KHAIRUL IZZAT JAMALUDDIN
13 -
14 AKMAL RIZAL
15 AZMEER YUSSUF
16 -
17 K.NATHAKUMAR
18 -
19 HAZRUL MUSTAFFA (o'oi)
20 HARIZUL IZWAN ABD RANI
21 KAMARUL EFFENDI (KE)
22 ISMA ALIF
23 RAZALI UMAR (EL TORNADO)
24 -
25 NASRIL NOURDIN
26 NURRIDUAN ABU HASSAN
27 NURUL NASRIQ
28 MOHD NASIR
29 -
30 KHALIS IBRAHIM

Jersi Perak 2011 ditaja oleh Specs..Sama dengan jersi Terengganu..Rasanya team perak tahun ni mungkin akan lebih kuat..Kita nantikan kebangkitan pasukan Perak..Kejor Yob Kejor..



Credit to http://www.khairil.com/ dan FanPage FB Seladang FC

Jersi Terengganu 2011 dan T.Team 2011..

Assalamualaikum semua..Hari ni kita tengok plak jersi baru pasukan Terengganu dan t/team..Cantik gak jersi 2 pasukan ni..Tapi wave dapat jersi utama je..Jersi yang lain tak dapat info..Majlis perasmian oleh Menteri Terengganu sendiri..

putih terengganu...hitam tteam..

Gambar credit to Fanpage FB Terengganu FC..

Jersi Terengganu ditaja oleh specs..Manakala t.team oleh admiral..Selamat berjuang kepada kedua-dua pasukan..Majulah sukan untuk negara..Sekian.

Jersi-jersi negeri lain..
Jersi Kedah 2011
Jersi Kelantan 2011
Jersi Selangor 2011
Jersi Perak 2011
Jersi T.Team 2011

Tuesday, January 11, 2011

Follower ke-111 pada 11/1/11..

Assalamualaikum semua..Em, waveX pening kepala ni tapi nak update jugak blog..Bukan apa tajuk ni memang mantap giler..Tak sangka..Tak percaya..Tapi inilah kebenaran..Kisahnya bermula macam ni..

Petang tadi wave saja gatal-gatal tangan post kat FB cakap nak follow blog..So, orang yang first bagi link tu ialah Nuar El-Ummar..Dengan kepantasan internet streamyx ni, wave pun terus menerjah dan follow blog KEMBARA SEORANG JEJAKA milik jejaka kacak ni..Bukti sikit..


Masa tu tak perasan pun yang wave ni follower ke-111..Lepas tu wave pun blah pegi makan..bila dah balik wave buka FB, lepas tu nampak Nuar El-Ummar comment yang wave ni follower ke 111..Wave pun sekali lagi dengan kelajuan kuasa kuda menerjah blog dia..Woww..Ada entry special siap untuk wave..Apa lagi, seronok bukan kepalang la..Siap dengan bukti lagi ni..


Bagi menghargai jasa baik en. Nuar ni wave pun buat la entry ni..Di samping nak menunjukkan nombor cantik yang diperoleh..Jom la beramai-ramai terjah blog dia..Klik je kat gambar atas tu..Haha..Thanks sudi baca..Sekian..

Cantik Header Blog Mamat Ni..

Assalamualaikum semua..Tengah hari ni nak cerita tentang sebuah blog yang amat menarik..Eh, bukan nak cerita pun cuma nak cakap yang header blog mamat ni sangat cantik..Boleh jadi photographer yang berjaya ni..

Nama tuan blog Syed Muzammir..Nama blog I'M CALLING YOU..Tak tau la dia nak panggil sapa..Nak tau tagline dia x?..

"A Man With No Imaginations Has No Wings"

Apa maksudnya ni?? Lu pikiq la sendiri..Aku pun tak tau..Ni header yang waveX sebut tadi tu.. 


Macam mana??Ok tak..Memang power la mamat ni..Jom terjah blog dia..klik je kat gambar tu..Ok2..Jom sambung study..hehe..Sekian..

Banjir di Pasir Mas Semakin Pulih..

Assalamualaikum..Selamat tengah malam semua..Em,Alhamdulillah seperti yang dilaporkan banjir di Kelantan iaitu di Pasir Mas semakin pulih..Bilangan mangsa pemindahan semakin berkurang dan mereka telah pulang ke rumah masing-masing..

credit to http://idhamlim.blogspot.com/
Selain itu, 6 buah sekolah akan mula dibuka esok kerana keadaan banjir yang mulai surut sepenuhnya di laluan dan kawasan persekitaran sekolah tersebut..

Namun begitu, empat laluan masih ditutup kepada kenderaan ringan iaitu KM3 Jalan Pengkalan Rakit; KM9 Pohon Tanjung-Rantau Panjang (jalan lama) Kampung Siram; Pohon Tanjung-Meranti; dan KM23 Jalan Banggol Kulim Lokasi 2, kesemuanya di daerah Pasir Mas.

Untuk berita lanjut sila ke Berita Harian..
LINK 1
LINK 2

Monday, January 10, 2011

SHOUTBOX DI SINI

Terima Kasih kerana singgah kat blog waveX..
Sila tinggalkan jejak anda di sini..InsyaAllah WaveX akan membalas 
kunjungan anda bila waveX free..
Jangan SPAM dan sila komen yang baik-baik saja ye..




ShoutMix chat widget

Blackberry Dibenarkan di Malaysia..

Assalamualaikum semua..Tak sangka telefon bimbit blackberry boleh mengancam keselamatan negara..Apa pandangan korang semua??Perkara ni dah berlaku kat Arab dan India..


Rasanya x berlaku kot kat Malaysia..Apa pun rakyat Malaysia janganlah terlalu advance sampai nak jadi hackers sampai mengancam negara..Sejauh mana kebenaran ini??Kita nantikan la ye..

Untuk berita penuh sila baca kata akhbar berita harian..klik SINI..

Senarai Blogger Award ..

Kepada semua pemberi award, waveX akan pahatkan award korang kat sini..Maaf sebab wave tak letak kat sidebar..Tak banyak award yang dapat..(Sebab tak famous)..Sesiapa yang berminat nak bagi award cakap je..Nanti waveX akan ambik..

Kepada semua pemberi award, wave ucapkan jutaan terima kasih..Semoga traffik blog sentiasa tinggi..hehe..Di bawah ni disenaraikan award-award yang wave dapat..