Wednesday, July 14, 2010

SETULUS CINTAMU MUJAHId

“Ummi, siapa walid saya?” Tanya si kecil.
“Walidmu seorang pejuang nak….” Jawab si ibu.
“Di mana walid?” soal si kecil lagi.
“Di jalan Allah nak,” jawab si ibu ringkas.
“Bila saya boleh berjumpa walid, ummi?”
“Sabarlah sayang, suatu hari nanti pasti kan kau akan bertemu dengan walidmu.”

* * * * *
 
Kehidupan sebagai pelarian di Genting Gaza cukup meruncingkan. Hidup tidak ubah seperti seekor ayam kampung. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Itu pun kalau ada rezeki untuk dikais.
 
Tambahan pula kehidupan sebagai seorang ibu tunggal seperti Jannah. Jannah terpaksa menyara anaknya Mujahid yang masih kecil. Untuk meneruskan kehidupan di bumi Allah yang diberkati ini, dia terpaksa berjalan kaki sejauh 5 km dengan melalui 7 pos kawalan tentera Israel untuk menjual rotinya di pasar Gaza. Pelbagai cemuhan dan cacian yang diterima setiap kali melalui pos-pos kawalan tentera Israel itu.
 
Begitulah kehidupan yang terpaksa dilalui oleh Jannah setiap hari. Baginya, segala cacian tentera zionis itu sudah tidak terkesan lagi dalam hatinya. Dia bertawakal kepada Allah kerana dia yakin hanya Allah sahaja yang layak ditakuti dan Dialah yang menentukan buruk baik kehidupan hamba-hambaNya.
 
Namun hatinya sering kali terguris dengan soalan yang bertalu-talu daripada mulut anaknya, Mujahid sering kali bertanya tentang ayahnya yang tidak pernah dikenalinya. Suami Jannah, Solahuddin telah ditahan oleh tentera Israel 8 tahun yang lalu kerana disyaki terlibat dengan gerakan militant serta serangan terhadap rakyat Israel. Suami tercinta itu ditangkap ketika Jannah masih mengandungkan Mujahid.
 
Sehingga saat ini, tiada khabar berita tentang Solahuddin. Masih hidup lagikah dia? Atau sebaliknya? Jannah hanya pasrah kepada Allah. Dia sering berdoa, andai suaminya masih hidup, kembalikanlah dia ke pangkuan keluarganya. Jannah redha andai suaminya telah mati. Baginya, kematian tersebut adalah syahid di jalan Allah.
 
* * * * *
 
10 tahun telah berlalu. Kini Mujahid telahpun meningkat dewasa. Mujahid kini menuntut di Sekolah Tinggi Ramallah, sebuah sekolah yang tidak ubah keadaannya seperti penjara. Namun, perkara ini tidak pernah menghalang Mujahid untuk menuntut ilmu. Di dalam benaknya, penduduk Israel laknatullah di bumi Palestin ini mesti dihentikan dan dihapuskan. Pembebasan adalah di tangan umat Islam seperti mana yang telah dijanjikan oleh Allah.
 
Hari itu, seperti biasa, Jannah keluar ke pasar Gaza membawa roti untuk diniagakan. Akan tetapi nasibnya pada hari itu tidak sebaik hari-hari sebelumnya. Rotinya tidak laku. Pasar Gaza lengang. Jannah cepat-cepat mengemaskan barangnya. Dia pulang seawall jam 12.00 tengahari. Dari kejauhan Jannah terlihat segerombolan tentera Israel yang lengkap bersenjata dan diiringi 2 buah kereta kebal berkumpul di pos kawalan pertama. Jannah gelisah. Hatinya tidak putus2 berdoa agar Allah menjauhkannya daripada perkara buruk. Akan tetapi Allah ingin menguji setiap hambaNya yang beriman. Ketika melalui pos kawalan pertama, tentera laknatullah itu telah memaksa Jannah menanggalkan pakaian kerana disyaki membawa bom.
 
Jannah enggan. Jannah lebih sanggup mati daripada berbogel. Keengganan Jannah telah meniupkan api kemarahan tentera-tentera Israel Laknatullah.
 
“Celaka engkau musuh Islam! Jika engkau bunuh aku sehingga hancur lunyai sekalipun, aku takkan tunduk kepada perintahmu. Kamu semua binatang!” Kata2 Jannah itu telah menambahkan lagi api kemarahan para tentera Israel. Perut Jannah disepak sekuat hati. Dihentaknya badan Jannah bertubi-tubi. Tidak cukup dengan itu, bajunya disentap ganas. Jannah yang sudah tidak berdaya hanya mampu menyerah. Kalimah Allah tidak putus2 terpancul daripada mulutnya. Pandangannya kabur. Kepalanya terasa berat. Tentera2 Israel Laknatullah mentertawakannya. Seolah2 belum puas menzalimi tubuh yang lemah itu.
 
Tembakan bertubi2 dilepaskan kea rah kaki Jannah. Kaki kirinya hancur. Jannah dalam keadaan separuh sedar. Dia hanya mampu mengucap 2 kalimah syahadah. Selepas merasa puas, tentera2 itu berlalu meninggalkan pos tersebut dan Jannah yang terbujur kaku.
 
“Mujahid, ada khabar buruk untuk anta, Anta haruslah menerima dengan sabar kerana setiap ujian Allah itu ada hikmahnya,” ujar Fuad tenang.
 
Mujahid cemas. Berdebar-debar jantungnya menerima khabar daripada Fuad, rakan sekampungnya itu.
 
“Ummimu terlantar di hospital Ramallah.” Jelas Fuad. Ibarat halilintar membelah bumi, jantungnya berdegup kencang bagai mahu tercabut dari tempatnya. Akan tetapi dikuatkan semangat agar tidak rebah. Segala kekuatan dikumpulkan kembali. Mujahid mempercepatkan langkah. Dia mahu segera menemui ummi tercinta.
 
Tatkala sampai di hadapan umminya, dalam keadaan tidak sedar air matanya menitis. Mujahid sebak melihat kaki umminya yang kudung sebelah. Darah mudanya menggelegak. Pantas hatinya apabila diberitahu perkara sebenar yang menimpa umminya sehingga berkeadaan begitu. Namun, segera Mujahid beristighfar.
 
“Ummi, bersabarlah. Mujahid pasti akan menuntut bela atas kekejaman ini. Demi Allah, dengarlah ummi, Mujahid bersumpah untuk menyerahkan segala jiwa dan raga kepada Allah demi menghapuskan zionis laknatullah!!!”
* * * * *
 
“Benar anta mahu berhenti, Mujahid?” soal Fuad, bimbang akan pelajaran rakan karibnya itu.
 
“Ana sudah fikirkan semasak-masaknya. Anta jangan bimbang. Ana tahu jaga diri ana.” Jawab Mujahid bersungguh-sungguh.
 
“Ke mana arah tuju anta selepas ini?”
 
“Ana bercadang untuk menyertai perjuangan bersenjata Hamas. Ana mahu mnyertai skuad pengebom berani mati. Ana mahu mati syahid.”
 
Fuad tercengang. Dalam diam, dia mengagumi semangat tinggi sahabatnya itu.
 
“Pergilah Mujahid. Semoga anta mendapat apa yang anta hajati itu. Teruskan jihad di jalan Allah!” Fuad telah menambah semangat Mujahid yang sememangnya telah lama berkobar-kobar.
 
Terima kasih sahabatku, antalah sahabat ana dunia akhirat.” Balas Mujahid sambil memeluk erat sahabatnya.
 
Kini 3 tahun sudah berlalu. Jannah telahpun sedar. Mujahid telah pergi untuk mempertahankan bumi Palestin yang diberkati ini. Mujahid telah mengamanahkan Fuad untuk menjaga umminya. Jannah sentiasa berdoa agar dipertemukan semula dengan anak kesayangannya, Mujahid.
 
Mujahid kini telah menjadi seorang pejuang yang digeruni Israel. Kedudukannya sebagai jeneral kanan briged Izuddin Al-Qasam cawangan Raffah, salah satu cawangan pasukan pejuang berani mati Hamas menjadikan dia seringkali diburu Israel. Namun, perkara ini tidak melemahkan semangat Mujahid untuk terus berjuang di jalan Allah.
 
Hari ini, Mujahid bersama pasukannya seramai 12 orang akan melakukan operasi serangan berani mati di Baitul Maqdis. Turut serta dalam pasukannya adalah 5 orang gadis yang akan menyamar sebagai pelacur Israel laknatullah dan telah bersedia untuk mati di jalan Allah. Mujahid tahu bahawa tentera Israel akan bertukar-tukar pelacur setiap minggu.
 
Seperti yang diduga, kehadiran gadis-gadis pejuang itu hanyalah sebagai pelacur yang akan menjadi santapannya seperti biasa. Tetapi tidak lama kemudia, terdengar letupan yang kuat dari dalam kem. Tentera Israel yang nyata tidak bersedia menjadi kelam-kabut. Mujahid dan rakan-rakannya mengambil kesempatan untuk melancarkan serangan. Serangan itu ternyata begitu mengejutkan tentera zionis di situ.
 
Setengah jam kemudian, bunyi tembakan berhenti. Operasi pada hari itu tamat dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Mujahid. 28 tentera Israel terbunuh dalam peperangan tersebut. 2 orang gadis pejuang yang ditugaskan membawa bom di badan juga turut terbunuh. Mereka akhirnya mati sebagai syuhada’.
 
* * * * *
 
Mujahid tersenyum membaca akhbar yang melaporkan serangan yang dilakukan. Tidak tercambah walau sekelumit rasa takut pun di hatinya apabila membaca ugutan yang diberikan oleh ketua angkatan tentera Israel, Shahron.
 
Selepas melakukan solat sunat hajat, Mujahid segera bersiap untuk ke kem pelarian Khan Younis. Rindunya kepada Jannah, umminya membuak-buak. Mujahid berharap agar kehadirannya hari ini dapat mengubat rindunya yang kian marak itu. Dia berdoa agar perjalanan ini selamat. Dia merasakan inilah kali terakhir dia akan menemui umminya.
 
Namun, nasibnya tidak begitu baik. Ketika menghampiri pintu masuk kem pelarian Khan Younis, Mujahid ternampak beberapa orang tentera Israel Laknatullah berkawal ketat, lengkap bersenjata. Mujahid mati akal. Jika dia berhenti, pasti dia akan ditembak.
 
Mujahid nekad. Dengan laungan takbir, “Allahu Akbar!” Mujahid menekan pedal minyak keretanya sekuat hati. Mujahid menasarkan keretanya kea rah seorang tentera yang sedang berdiri di hadapan pagar masuk kem. Belum sempat keretanya merempuh tentera itu sebutir peluru singgah menembusi dada kiri Mujahid. Mujahid melaungkan takbir. Keretanya terus memecut lalu merempuh tentera yang menembaknya. Askar itu tercampak.
 
Tentera yang berkawal di hadapan pagar kem tersebut terus berlari mengejar Mujahid. Dalam kesakitan, Mujahid keluar dari keretanya dan berlari kea rah sebuah khemah perlarian. Dia sempat mencapai bom yang biasa digunakan oleh pejuang berani mati yang terdapat di dalam keretanya. Belum sempat dia memasuki khemah tersebut, sebutir peluru lagi menjamah belakang tubuhnya. Kali ini dia benar2 parah. Dalam kekaburan, Mujahid terasa tubuhnya ditarik oleh seorang wanita di dalam khemah tersebut.
 
“Mujahid, anakku. Bangunlah nak….” Rintih satu suara yang sayu. Mujahid sangat mengenali suara itu. Dia menggagahkan dirinya untuk membuka mata.
 
“Ummi….ummi….Alhamdulillah, dapat juga Mujahid berjumpa ummi,” Mujahid berkata dengan nada yang tersekat-sekat.
 
“Um…ummi… si….siapa… walid sa…ya?” Tanya Mujahid gagah.
 
“Walidmu seorang pejuang nak.”
 
Di…ma…na…. walid?”
 
“Di jalan Allah nak.”
 
“B…bila saya boleh ber…ber…jum…jum…pa walid?”
 
“Sabarlah anakku… kerana sebentar lagi kau akan bertemu walidmu.”
 
Selepas melafazkan kalimah suci, Mujahid menutup matanya untuk menyahut panggilan syahid.
 
“Bersemadilah dengan aman anakku…dan sampaikan salamku dengan walidmu,” ucap Jannah tenang. Di sisinya masih utuh bom yang dibawa oleh Mujahid. Sedozen tentera Zionis Laknatullah telah mengepung khemah itu dan sudah bersedia untuk masuk.
 
Ketika mereka melangkah masuk, kedengaran takbir seorang wanita dan disusuli letupan yang menggemparkan. Itulah suara seorang wanita yang akhirnya syahid di sisi anak tercinta.......
 
* * * * *
 
"Sahabat seperjuangan sekalian, jangan sesekali rasa mengalah untuk bangkitkan kegemilangan Islam. Berdoalah & amalkan bacaan qunut nazilah sentiasa agar bumi Palestin bebas drpd cengkaman zionis la'natullah! InsyaAllah.. "

TAKBIR!

No comments:

Post a Comment