Friday, December 31, 2010

Blog Review 2 : misz nana @ http://syazanaamira.blogspot.com/

Assalamualaikum semua..Semoga semua sihat disamping orang tersayang..Tak kisah la orang tu ayah ke, mak ke, nenek ke..Seperti yang dinyatakan tadi, waveX akan mereview serba ringkas satu blog bertuah petang ni..Segmen review ni masih terbuka..Kalau nak join Klik Sini..

Blogger yang bertuah bernama Misz Nana @ Syazana Amira..Blog Duniaku Yang Serba Kekurangan, tapi x nampak pun kekurangan..Syazana berasal dari Shah Alam dan belajar di UITM Arau Perlis..Blog yang cantik dan penuh dengan bunga bungaan..hehe..Jom terjah jom..

Untitled picture
Kenapa Misz Nana nak blog dia di review..ni ayat dia..”

aku berminat nak suh depa nih review blog aku sebab sepanjang
1 tahun 7 bulan 4 minggu aku berblogging...
tak da sapa pun nak review.. hehe..
so, aku nak amik kesempatan nih untuk menjemput Wavex Team tuk
review blog aku yang tak seberapa ni :
D “

Jom kita kenal dulu sapa Misz Nana ni..Ha, ni gambarnya..




Status Blog..
  • Google PageRank – 1/10
  • Alexa Rank – 1, 146 181
  • Malaysia Rank – 6463
  • PageLoad kurang dari 10 saat..Kira ok la tu..Kalau nak ok lagi letak widget-widget basic je..hehe..
Kandungan Blog..
Blog misz nana banyak berkisarkan tentang blogger life dan kebanyakkan entry adalah personal entry dan mengenai blog Duniaku Yang Serba Kekurangan..Misz Nana juga ada join kontest dan yang terbaru Misz Nana buat Lucky Draw..Tunggu apa lagi..Jom la join..
Statistik Pelawat..
Jumlah pelawat yang agak ramai..Sudah mencecah
19 000 orang..Follower pun ramai (1021) tak tau dia guna alat ape..Harap2 dapat la bagi ilmu kat blogger lain macam mana nak dapat follower sebanyak tu..Pelawat ramai adalah lelaki berbanding dengan wanita, umur 18-24..
Iklan Nuffnang..
Bagi kategori ni waveX ada cadangan sikit..Cadangan je la..Untuk iklan leader board kalau boleh letak atas gambar header, iklan skyscraper agak terkebawah sikit..Kalau boleh first widget kat sidebar tu letak yang SS punya iklan.. Lepas tu iklan large rectangle tak ade..Kalau nak cepat dapat BE letak je semua..hehe..Ni pandangan je..
Widget..
Bagi waveX penggunaan widget adalah ok..Tak de widget yang memberatkan blog..Siap dengan survey lagi tu..Jawab jangan tak jawab..Widget blog list pun ade..Widget blog list ni membantu jugak dalam menaikkan ranking alexa korang..
Komen waveX
Keseluruhan adalah memuaskan dan terbaik..Ada harapan nak dapat Blogger Harapan tahun depan..Cuma yang iklan nuffnang tu perlu baiki sikit..Apa pun, jangan putus semangat, teruskan dalam berblog..InsyaAllah ada rezeki nanti..Smile


p/s - Kalau ada salah dan silap sory ye..Kalau ada maklumat yang salah sila maklumkan..Terima Kasih..

MAJULAH BLOGGER UNTUK NEGARA !!

Blog Review ke-2 Petang Ini..

Assalamualaikum semua..Setelah seminggu berjuang di dewan peperiksaan, hari ni waveX nak mulakan blog review balik..Baru 1 blog yang dah di review iaitu Cik Dya..Siapakah insan bertuah petang ini??..Mungkin minggu ni waveX akan review sehari satu blog..

 

WaveX tak pandai sangat pun nak review-review ni..Just bagi pandangan sikit-sikit je di samping menambah kenalan blogger..Lagipun kadang-kadang sibuk..Ni cuti seminggu boleh la nak aktif sikit..

 

app_full_proxy.php

 

Jadi kepada sesiapa yang rasa nak waveX usha blog dia, boleh join segmen review ni..Tapi korang jangan expect tinggi sangat..waveX review biase2 je..

Sekian..TQ..

Thursday, December 30, 2010

Tahniah Kepada Pemenang 500 Blog MHK Untuk Hari Ke-3..

Assalamualaikum semua, di dalam kesibukan untuk menelaah waveX nak mengucapkan tahniah kepada pemenang 500 Blog MHK bagi hari ke-3..Hadiah yang tidak seberapa di taja oleh waveX sendiri..

Pemenang berasal dari Penang..Nama diberi Nur Amalina..Seorang yang cute..hehe..Blog yang cutenya..Jom pakat mai ramai-ramai kita lawat blog dia..Hadiah telah pun disampaikan kepada si pemenang..Sekali lagi tahniah diucapkan..Nak kenal ke orangnye..Ha, ni gambarnya..


Dan tak lupa kepada Abang Ben yang sudi menerima waveX untuk menaja segmen ini..Terima kasih yang tak terhingga kepada Ben Ashaari..Lepas ni buat segmen yang lebih kaww lagi..hehe..

Sekian setakat ini sahaja..Jom sambung study..hehe..

Wednesday, December 29, 2010

Keputusan Final Piala AFF Suzuki 2010 : Malaysia Negara ke-4 Menjulang Piala AFF Suzuki..

Tahniah kepada pasukan Malaysia di atas kejayaan menumpaskan Sang Garuda dengan aggregat 4-2..Keputusan penuh perlawanan di Gelora Bung Karno Indonesia 2-1 Malaysia..

Gol Indonesia dijaringkan oleh Mohamad Nasuha dan Ridwan manakala satu gol Malaysia dijaringkan oleh Safee Sali..Hantaran yang cantik dari Ashari Samsudin pada separuh masa kedua membolehkan Safee Sali merembat kencang ke arah gawang Indonesia..


Sekali lagi, Tahniah !! Tahniah !! Tahniah !!..Malaysia merupakan negara ke-4 menjulang piala ini selepas Thailand, Singapura dan Vietnam..Bekalan 3 gol yang di bawa dari Bukit Jalil membolehkan pasukan Malaysia menang dengan aggregat 4-2..

Tahniah kepada Rajagopal dan anak buahnya yang menunjukkan aksi yang cemerlang sekali gus menaikkan nama pasukan bola sepak Malaysia..Diharapkan kejayaan ini dapat menaikkan lagi semangat juang anak-anak muda Malaysia dalam memajukan sukan bola sepak negara..

TAHNIAH MALAYSIA !! MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA !!

Betul Ke Blog Aku Ada Malware?? Tolong !!

Salam semua..Alamak, macam mana ni orang cakap blog wavewsa ni ada malware..Macam mana ni..Nak detect tak pandai..Nak buang malware macam mana ek..

Kalau bab-bab malware ni aku lemah sikit..Malware tu ape?? Adik tupperware ke?? Tulun3x..Kepada insan-insan blogger yang otai2 tolong jap macam mana..Tak kan nak delete blog kot..Habis la macam ni...

Sape la bijak sangat mai ternak malware kat blog aku ni..Adehh..Blog ni x de la femes pun..Cukup2 makan je..

Kepada barisan panel yang hebat-hebat..Bantu yer...

500 BLOG MENCARI HARTA KARUN : Soalan ( 3 ) Harian

Assalamualaikum Semua..Mesti korang semua nak tau Soalan ke-3 500 BLOG MHK Ben Ashaari kan..


SOALAN 3 : BLOGGER UBAT..

Untuk maklumat lanjut sila ke Blog Ben Ashaari ye..TQ

Tuesday, December 28, 2010

Kepada Yang Berkenaan, Sila Tampil ke Hadapan..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua..Harap-harap hari ini kita sudah melakukan semua tanggungjawab kita..Terutamanya solat 5 waktu..Isyak pun dah nak masuk, tunaikanlah mana yang penting dulu..

Sebenarnya waveX nak buat panggilan kepada tuan-tuan tanah blog yang akan disenaraikan ni..Kenapa?? Blog2 ni telah merompak kerja tangan waveX ke?? hehe..Diorang ni telah menyertai segmen blog review yang waveX buat..Akan tetapi, syarat-syarat tidak dipenuhi dengan baik..Jadi nama tidak disenaraikan dalam list peserta..

WaveX mungkin terlepas pandang..Jadi kepada tuan2 blog berikut sila tampil ye..InsyaAllah ada rezeki waveX akan buat review special kat korang (lebih kurang mcm berger ayam special double bersalut cheese).. :)

 sCha-Heira
http://irsyahalim94.blogspot.com/2010/12/blog-review-oleh-wavex-team.html

kella
http://kellazule.blogspot.com 

Nuf4u
www.0rangkampung.blogspot.com

Ujang9897
http://azfar9897.blogspot.com/2010/12/blog-review-oleh-wavex-rider.html

Rasanya scha-heira, kella, nuf4u, dan ujang9897 tak buat syarat ke-2..em,mungkin waveX terlepas pandang kot..tapi please double check ye..TQ

Bagi yang berminat nak sertai boleh klik SINI..
Bagi yang nak check senarai nama peserta klik SINI..

Ciri - Ciri Kemurungan..

Assalamualaikum semua..Hari ni waveX tak tau nak kongsi apa dah..Nak copy paste pun dah malas..Tiba - tiba tadi terbaca ciri - ciri orang yang murung atau depress..Mungkin semua orang dah tau..Tapi nak kongsi jugak..hehe..

Bila masalah murung ni mesti melibatkan emosi seseorang kan??
Antaranya :

1 - Sengsara @ Susah @ Gelisah
2 - Kurang minat dalam membuat sesuatu kerja..
3 - Kurang keyakinan diri..Rasa macam diri tak berguna dan asyik rasa bersalah je..Lepas tu asyik                 menyalahkan diri atas kesalahah masa lalu..
4 - Hilang motivasi dan tidak bersemangat..
5 - Asyik memikirkan tentang kematian, maut dan bunuh diri..
 Perubahan atau kesan pada badan :

1 - Masalah dalam berfikir atau membuat keputusan dan mengingati sesuatu..
2 - Sakit - sakit belakang dan pening kepala..
3 - Lemah syahwat
4 - Gangguan masa tidur..
5 - Hilang selera makan..

Monday, December 27, 2010

Blog Review : Cik Dya @ http://iamdya.blogspot.com/

Assalamualaikum..Hari ini waveX nak melaksanakan blog review yang waveX jalankan..Blog bertuah yang dipilih ialah blog Cik Dya..Blog Cik Dya adalah dari kategori 1..Sesiapa yang nak join masih boleh mendaftar diri..Sila klik SINI untuk maklumat lanjut..


Orang cakap kalau tak kenal maka tak cinta..Jadi mari semua mengenali siapakah Cik Dya ni..Bagi yang belum kenal je la..Tak banyak maklumat yang dapat dari Cik Dya ni..Nama sebenar pun tak tau..Tapi ni je yang dapat..nadia a.k.a dya a.k.a nadia zul..

Ni kata-kata Cik Dya yang sangat ringkas tapi bermakna.." To know me...is to love me ^_^ " ..Jadi, tunggu apa lagi, jom kita terjah blog Cik Dya ramai-ramai..Sebelum tu jom kita tengok cahaya mata Cik Dya yang amat comel ni..

Status Blog..
  • Google PageRank – 0/10
  • Alexa Rank – 841,426
  • Malaysia Rank –5923
  • Load time untuk blog ni agak tinggi jugak..Bagi yang menggunakan internet yang kurang kelajuan mungkin perlu menunggu sedikit untuk blog ni habis load..
 data - data ni valid  pada 27/12/2010 

Kandungan Blog.. 
Kalau dilihat secara rawak, blog Cik Dya adalah amat menarik..Blog Cik Dya bukan hanya berkisarkan tentang kisah peribadi Cik Dya tapi banyak juga maklumat-maklumat yang berguna boleh kita ambik..Selain itu, banyak entry Cik Dya tentang produk2 dan Cik Dya juga banyak join contest dan giveaway..(aktif Cik Dya ni..)

Statistik Pelawat..
Ramai visitor untuk blog Cik Dya adalah dari kaum Hawa..Kebanyakan berumur 25 ke atas..Jumlah pageviews blog sudah mencecah 36,000.. Satu pencapaian yang membanggakan.. 

Iklan Nuffnang..
Tak banyak yang nak dikomen mengenai kedudukan iklan..Ketiga- tiga iklan berada di tempat yang strategik dan amat mudah untuk menerima BE dari nuffnang..Cuma nuffnang lagi suka bagi BE kalau iklan yang large rectangle tu letak kat atas post..(ni pendapat waveX je la).. X pasti sgt kesahihannya.. 

Widget..
Penggunaan widget agak bijak..Tidak keterlaluan..Dan kalau boleh letak widget 'Label' untuk memudahkan pengunjung memilih kategori mana yang mahu dibaca..

Kesemua komen, cadangan dan kritikan yang diberikan hanyalah pandangan dari waveX semata-mata dan jika ada yang tersalah dan mengguris hati harap diampunkan..Mana cadangan yang mungkin boleh diterima mungkin boleh diaplikasikan..

p/s-mohon maaf kalau2 review tidak menarik..setakat yang mampu dengan kekangan masa sekarang..

Sunday, December 26, 2010

Keputusan Final Piala AFF Suzuki 2010 : Malaysia Bakal Lakar Sejarah..

Keputusan penuh perlawanan Akhir pertama dikuasai oleh Malaysia dengan jaringan 3 gol..Perlawanan Akhir Pertama Piala AFF Suzuki yang berlangsung di Bukit Jalil berkesudahan dengan berita yang akan menggegarkan sukan tanah air negara..

Pasukan bola sepak Malaysia mungkin akan melakar sejarah baru..Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Safee Sali ( 2 gol) dan Ashaari Shamsudin 1 gol..


Pasukan negara sudah hampir pasti untuk menjulang Piala AFF Suzuki atau sebelum ini dikenali sebagai Piala Tiger..Namun begitu skuad bimbingan Rajagopal tidak boleh mendabik dada selagi belum bertandang ke Bung Karno, Indonesia..

Kita harapkan pasukan negara dapat mengekalkan prestasi dan rentak permainan yang amat membanggakan malam ini..Apa pun pasukan kita sudah berada di landasan terbaik..Pasukan Malaysia akan menentang indonesia pada perlawanan Akhir kedua di Bung Karno pada hari Rabu nanti..(29/12/2010)..

Rogol adik ipar kena jel 12 tahun, 2 sebatan

KLANG – Seorang bekas pengawal peribadi sengaja meletakkan senjata api di atas selimut tebal sewaktu memperkosa adik iparnya, lima tahun lalu.

Mangsa yang ketakutan kerana pertama kali melihat sepucuk pistol tidak berani melawan lalu diperkosa lelaki itu yang mengambil kesempatan di atas ketiadaan kakak mangsa, seorang kakitangan kerajaan kerana bertugas di luar daerah.

Demikian fakta kes seorang abang ipar yang didapati bersalah merogol adik iparnya ketika itu berusia 25 tahun, di sebuah rumah kerajaan di Putrajaya, antara jam 5 hingga 7.20 pagi, 22 Mei 2005.

Mangsa tinggal bersama di rumah itu kerana membantu menjaga anak kakaknya.

Pada malam kejadian itu, lelaki berusia 34 tahun itu memasuki bilik mangsa dengan membawa sepucuk pistol.

Mangsa cuba menjauhkan diri ke bilik air dan membuat helah dengan mengajak abang iparnya keluar ke ruang tamu.

Bagaimanapun tidak berjaya malah abang iparnya itu terus memadamkan lampu dan merentap pakaiannya.

Mangsa cuba melawan tetapi diugut dan diancam. Selain itu mangsa amat ketakutan melihat senjata api milik abang iparnya itu.

Malah sepanjang kejadian, pistol berkenaan berada di atas selimut.

Setimpal dengan perbuatan kejinya, Mahkamah Sesyen di sini, semalam, lelaki itu dihukum penjara 12 tahun dan dua sebatan.

Selain dihukum kerana merogol, lelaki itu turut didenda RM300 atau sebulan penjara kerana memiliki gari.

Hakim Yong Zarida Sazali membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara terhadap lelaki berkenaan yang diwakili peguam, Badrul Munir Bukhari.

Menurut peguam, anak guamnya kini hidup susah ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang kerana tidak memperoleh pendapatan tinggi memandangkan hanya bekerja sambilan di kelab malam dan di pasar tani selain menjadi ‘call man’.

“Segala perbelanjaan rumah dan tiga anak mereka kebanyakan ditanggung isterinya,” kata Badrul Munir.

Tambahnya, dalam kes ini anak guamnya tidak menafikan menodai mangsa.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Aimi Syazwani Sarmin berkata, hukuman berat perlu sebagai pengajaran selain perbuatan lelaki itu yang meninggalkan sejarah hitam berpanjangan kepada mangsa.

“Mangsa trauma seumur hidup,” katanya dengan titisan air mata ketika berhujah bagi pemberatan hukuman.

Sehubungan dengan penangguhan hukuman penjara, lelaki itu dibebaskan dengan ikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin.

Kes turut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Noorbaya Jamil.

credit Sinar Harian..

Friday, December 24, 2010

Robot Jadi Pelayan Tetamu..

Senyuman dan suara mekanikal menjadi asas perkhidmatan pelayan di Restoran Dalu Robot, di mana hidangannya tidak sepopular pekerja di restoran itu.

Ini kerana restoran itu adalah yang pertama di China menggunakan robot seperti dalam filem sains fiksyen Star Wars sebagai pelayan yang membawa dulang berisi makanan dan mengelilingi restoran itu menggunakan tali sawat.

Lebih 12 robot menghiburkan, melayan dan menyambut pengunjung restoran yang baru dibuka bulan ini di Jinan, utara wilayah Shandong.

Seorang pengunjung, Li Xiaomei berkata, perkhidmatan baru itu lebih memuaskan kerana manusia sering kali hilang sabar jika terpaksa bekerja lebih masa manakala robot tidak berasa penat, justeru memberikan khidmat lebih baik.

Pemilik restoran, Zhang Yongpei berkata, dia berharap konsep baru itu dapat membuktikan kepada dunia China adalah sebuah negara yang berfikiran kehadapan dan innovatif.

credit to sinar harian

Thursday, December 23, 2010

Telefon Bimbit Selamat..

Frekuensi elektromagnet terbukti selamat

KUALA LUMPUR: Frekuensi elektromagnet telefon selular terbukti selamat dan tidak boleh mengakibatkan barah otak, berlainan dengan pendedahan kepada radiasi mengion seperti radiasi nuklear.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Joseph Salang Gandum, berkata maklumat itu diperoleh berdasarkan kepada kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 2010 yang memutuskan bahawa tiada kaitan antara risiko barah otak dan penggunaan telefon bimbit.


Frekuensi elektromagnet telefon selular ini tergolong dalam radiasi tidak mengion, atau Non Ionized Radiation, iaitu ia tidak mempunyai cukup tenaga untuk menukar molekul di badan kita.

Apa yang terhasil daripada radiasi tidak mengion ini hanyalah rasa hangat di telinga apabila bercakap terlalu lama, katanya di Dewan Negara semalam bagi menjawab soalan daripada Senator Mohd Khalid Ahmad.

Beliau berkata, kajian sudah dijalankan ke atas 5,117 kes barah otak di 13 negara oleh 21 pakar saintis dan tiada bukti saintifik yang menunjukkan frekuensi elektromagnet telefon selular mengakibatkan barah otak.

KPKK prihatin dengan kebimbangan masyarakat terhadap frekuensi elektromagnet telefon selular yang dihasilkan dalam penggunaan perhubungan saluran telekomunikasi tanpa wayar.
Kebimbangan itu berpunca daripada kurangnya kesedaran dan pengetahuan masyarakat berhubung frekuensi elektromagnet telefon selular dan juga penyebaran maklumat yang tidak tepat mengenainya, katanya.

credit to BH

Wednesday, December 22, 2010

Lawak : Bekas Yang Berhormat..

Setelah disingkirkan tanpa sebab sebagai mewakili rakyat maka Ex YB ini pun telah menjadi calon Parti Bebas.

Tapi timbul pula masalah lambang..

Penasihat: "Jika susah sangat untuk mencari lambang kita gunakan lambang mangkuk sajalah "


Ex YB: "Awak ni nak saya hilang deposit ke ? awak tahu tak jika kita gunakan lambang mangkuk nanti yang datang mengundi aku semuanya mangkuk mangkuk berayun.......naya aku."

Penasihat: ?????????? iyer tak yer juga

Hahaha.....

Bayar cukai pendapatan melalui Pos Malaysia

Cukai pendapatan kini boleh dibayar di mana-mana cawangan Pos Malaysia dan melalui transaksi dalam talian di www.posonline.com.my mulai 15 April 2010.

“Perkhidmatan baru ini yang ditawarkan dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memberi kemudahan untuk pelanggan membayar Cukai Pendapatan mereka di mana-mana satu daripada 696 cawangan Pos Malaysia di seluruh negara ataupun menerusi internet dengan hanya menekan tetikus mereka,” kata Pos Malaysia dalam satu kenyataan, hari ini.


Ia berkata, kaedah pembayaran bagi transaksi di cawangan Pos Malaysia hanya dalam bentuk tunai manakala transaksi melalui PosOnline dilakukan dengan mendebit daripada akaun peribadi pelanggan dari mana-mana bank berikut:

- Hong Leong Bank

- CIMB Bank

- RHB Bank

- Bank Rakyat

- EON Bank

- Affin Bank

- Al-Rajhi Bank

- Bank Islam

- MEPS CASH.

“Tiada caj tambahan dikenakan kepada pelanggan bagi penggunaan saluran pembayaran kami,” kata Pos Malaysia.

- Bernama

Tuesday, December 21, 2010

Soalan Imam Ghazali

1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?
3. Apakah yang paling besar di dunia?
4. Apakah yang paling berat di dunia?
5. Apakah yang paling ringan di dunia?
6. Apakah yang paling tajam di dunia?

Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:

PERTAMA : beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :”Orang tua, guru, kawan dan sahabat”. Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah ‘mati’. Sila rujuk surah Ali ‘Imran ayat 185.

KEDUA : beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :” negara China, bulan, matahari dan bintang”. Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah ‘masa lalu’. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.

KETIGA : beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: ” Gunung, bumi, matahari”. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah ‘nafsu’. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahanam. Rujuk surah al-A’raf ayat 179

KEEMPAT : beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu muridnya menjawab :” besi, gajah”. Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah ‘menanggung amanah’. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

KELIMA : beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :” Kapas, angin, debu dan awan”. Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah ‘meninggalkan sembahyang’ kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.

KEENAM : beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab:”Pedang”. Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah ‘lidah manusia’ di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.

dipetik dari iluvislam.. Wallahualam

Monday, December 20, 2010

Lawak : Pro Sejarah..

Suatu hari, Pak Mat berkunjung ke muzium negara, ketika itu berlangsung pameran pra sejarah. Antara yang dipamerkan ialah rangka dinosaur. Setelah berpusing-pusing, datanglah seorang penjaga muzium yang bernama Komeng yang sedang bertugas lalu bertanya,

Komeng: ada apa pakcik?
Pakcik: Pakcik nie nak bertanya... agak-agaknye la berapa umur dinasour nie?
Dengan penuh yakin Komeng menjawab

Komeng: Satu juta tahun, empat bulan, lima hari.
Pakcik: Terernya awak... macam mana awak boleh tahu sampai begitu sekali?
Komeng: Waktu saya mula kerje kat sini, umur dinasour ni satu juta tahun, sekarang saya dah empat bulan lima hari kat sini.

credit to http://lawakdotmy.blogspot.com/

Sunday, December 19, 2010

Senarai Blogger Yang Sertai Blog Review oleh WaveX Rider..

Sesiapa yang berminat bolehla sertai sekarang..Syarat yang mudah dan tidak membebankan..InsyaAllah kalau ada masa terluang, waveX akan tambahkan lagi jumlah blog yang akan direview..Kalau nak sertai boleh klik sini..

Bagi nama yang tersenarai di dalam LIST ni bermakna penyertaan telah diterima dan syarat-syarat telah dilaksanakan dengan baik..

Blog Review ni terbahagi kepada dua kategori :

Senarai Blogger Kategori 1 :

1. fa-in  (dah direview)
2. H & J
3. Cik Dya   (dah direview)
4. mOoN
5. Azwan Aziz
6. Pain Sama
7. puteri_kebayan
8. Mr Daha
9. Sunah Mohammad  (dah direview)

Senarai Blogger Kategori 2 :


1. LyNn'Azlina  (dah direview)
2. FrEE tHinkER
3. Muslimah Optimis
4. zety
5. misz nana (dah direview)
6. puteri cahaya
7. myrawry
8. Haffiz MohdNoor
9. Izwan Ikhmal (dah direview)
10. Green Apple
11. pN.rOs
12. nadiah
13. ~WaNniE~
14. sCha-Heira
15. nur'aifaarbintirazali

Blog Review oleh WaveX Rider @ WaveX Team..

Assalamualaikum semua..Hari ni waveX dengan sukacitanya memaklumkan yang waveX ingin mereview blog-blog yang terpilih..Bagi yang berminat je..Kepada blogger baru yang ingin meningkatkan populariti anda..Rebutlah peluang keemasan ini..Hehe..


Blog waveX ni x de la femes sangat pun..Tapi dalam sehari ada la dalam 400 visitor..So sesiapa yang berminat untuk blognya di 'review' oleh waveX, bolehlah sertai sekarang..Syarat yang mudah dan tiada caj dikenakan..

Syarat2 penyertaan adalah seperti berikut :
1 - Jadi follower blog waveX (http://wavewsa.blogspot.com/) ..(wajib)
2 - Letakkan blog waveX dalam Blog List kat sidebar korang ..(wajib)
3 - Add waveX di FB ..(optional)
3 - Like Fan Page WaveX Team.. (optional)
4 - Masukkan emel korang kat Subcribe kat sidebar tu.. (optional)
5 - Buat satu entry menyatakan minat korang untuk di 'review' (optional)

Lepas korang buat semua apa yang patut, komen kat entry ni yer..Letakkan link blog korang..
Blog yang di 'review' akan dipilih berdasarkan beberapa kategori..

KATEGORI 1
3 blog bertuah yang akan dipilih secara random..

KATEGORI 2
3 blog yang mempersembahkan entry yang menarik..( Bagi kategori ni, wajib buat syarat yang ke 5..komen kat entry ni dan letakkan link entry korang tu..)

Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus ke facebook waveX atau emailkan ke wavexrider@gmail.com..

Jumlah blog yang akan di 'review setakat ini adalah 6 blog..waveX akan menambahkan lagi jumlah jika mendapat sambutan yang menggalakkan..

p/s - Memandang syarat yang mudah dan tidak membebankan, jadi semua pengunjung sangatlah dialu-alukan..

Senarai BLOGGER yang telah sah menyertai Blog Review ni..Sila klik SINI..

Saturday, December 18, 2010

Keputusan Separuh Akhir Kedua Piala Aff Suzuki 2010..

Tahniah dan syabas kepada pasukan Malaysia yang telah mengesahkan tiket ke perlawanan akhir apabila menumpaskan Vietnam dengan aggregat 2-0. Kelebihan gol sewaktu bertemu Vietnam di Bukit Jalil sebelum ini, banyak membantu pasukan Malaysia.

Keputusan Penuh 18 Disember 2010..

Vietnam        0 - 0        Malaysia

Malaysia layak pentas akhir buat kali kedua dalam sejarah bola sepak Malaysia dalam Piala Aff Suzuki ini yang sebelum ini dikenali sebagai Piala Tiger..


Perlawanan akhir akan berlangsung pada 26 (ahad) dan 29 (rabu) Disember ini.Stadium Putra Bukit Jalil akan menjadi saksi perlawanan akhir kali ini. 

Friday, December 17, 2010

Lawak : Kisah Duda Tua..

Kisah Kasih Suami Pada Isteri Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.

Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.

Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu." Pak Mat menjawab, "sebenarnya sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu." " Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh......"

Lawak : Pak Pandir dan Nyamuk..

Nak dijadikan cerita, pada zaman dahulu, ada seorang lelaki bernama Pak Pandir yang tinggal dihulu sungai di sebuah kampung. Nak dijadikan kisah lagi, tinggallah seorang polis berjiran dengannya. pada petang yang hening itu, berjalanlah Pak Pandir ke kedai untuk membeli kelambu kerana rumahnya terlalu banyak nyamuk. Sekembalinya dari kedai, dipasangnyalah kelambu itu pada katil bagi melindungi dirinya dari nyamuk.

Pada malam itu, datanglah polis si jiran tersebut ke rumah Pak Pandir untuk berborak-borak. Dicari-carinya Pak Pandir tetapi tidak berjumpa. Akhirnya keluarlah Pak Pandir dari bawah katil. Terkejut si polis kerana Pak Pandir tidur kat bawah katil sedangkan di katilnya ada kelambu. Bertanyalah si polis,

Polis: Awatnya tidoq bawah katil?
Pak Pandir: Saja....nak tipu nyamuk..

Thursday, December 16, 2010

Wanita Solehah Hiasan Dunia..

Dari Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
 

"Dunia ini adalah harta benda dan sebaik-baik harta benda dunia itu ialah wanita yang shalihah." (Riwayat Muslim)

Wanita merupakan salah satu makhluk kejadian Allah SWT yang paling banyak mendapat sorotan dan perhatian.Oleh sebab itu, banyak sekali hadis2 tentang wanita serta buku yang telah ditulis oleh para ulama, istimewanya wanita sehinggakan di dalam Al quran pun terdapat surah yang dinamai dengan An-Nisa.


Siapakah Wanita Solehah?

Seorang muslimah yang sejati bukanlah dilihat daripada kecantikan dan keayuan paras wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah peranan yang teramat kecil sahaja. Tetapi, muslimah yang sejati dilihat daripada kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik.

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras dan susuk tubuh kamu, tetapi Dia melihat kepada hati dan amalan kamu.. "
(Hadis Riwayat Muslim)

Muslimah sejati juga tidak dilihat daripada bentuk tubuh badannnya yang mempersonakan, tetapi dilihat daripada sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersonakan itu.

Muslimah sejati bukanlah dilihat daripada sebanyak manakah kebaikan yang diberikannya, tetapi dilihat daripada keikhlasan ketika dia memberikan segala kebaikan itu.

Muslimah sejati bukanlah dilihat daripada seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat daripada apa yang sering mulutnya bicarakan.

Muslimah sejati bukan dilihat daripada keahliannnya berbahas, tetapi dilihat daripada bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran.




"Wahai-wahai isteri-isteri Nabi! Kamu tidak seperti perempuan-perempuan lain, jika kamu bertakwa.Maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik"
(Surah Al-Ahzab : 32)"

Muslimah sejati bukan dilihat daripada keberaniaannya dalam berpakaian 'grand' tetapi dilihat daripada sejauh mana dia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.

Muslimah sejati bukan dilihat daripada kekhuatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat daripada kekhuatiran dirinya yang mengundang orang lain jadi tergoda.

Muslimah sejati bukanlah dilihat daripada beberapa banyak dan besarnya ujian yang dia jalani tetapi dilihat daripada sejauh mana dia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada Allah..Dan dia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberikan.

Muslimah sejati bukan dilihat daripada sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat daripada sejauh mana dia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul.

Dan ingatlah kakak-kakakku, adik-adikku ......

Jadikanlah dirimu mawar yang menyeri dan menguntum di jalan Allah dan biarkan mawar itu terpaksa melukai tangan-tangan untuk merasai harumnya kasih Allah"

Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..

Kisah Nabi Daud dengan Ulat..

Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.

Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, “Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?”

Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. “Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca ‘Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar’ setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca ‘Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim’ setiap malam sebanyak 1000 kali.
 
Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. “Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?”
 
Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T..

Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.

Wednesday, December 15, 2010

Keputusan Separuh Akhir Piala AFF Suzuki 2010..Malaysia vs Vietnam..

Salam semua..Seperti yang kita tahu malam ini 15/12/2010 pasukan Malaysia telah menentang pasukan Vietnam di Stadium Bukit Jalil..Perlawanan baru saja tamat dan Malaysia menang dengan 2-0..


Kedua-dua gol dijaringkan oleh Safee Sali..Tahniah kepada pasukan Malaysia..Permainan yang menarik ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan..Namun begitu banyak lagi yang perlu dibaiki..

Dengan keputusan ini, Malaysia telah membawa bekalan selesa untuk bertemu Vietnam pada 18/12 nanti..Semoga pasukan Malaysia dapat melayakkan diri ke perlawanan Akhir..InsyaAllah..

Lawak : Ultraman Lupa Skill..

Selamat pagi semua..Hari ini waveX nak kongsi satu video yang amat menarik untuk korang semua..Ceriakan hari anda bersama wavewsa.blogspot.com..Hehe..


Bagi yang mengalami gangguan dalam buffering video, waveX mohon maaf..Nampaknya korang kena pakai internet connection yang lebih laju..Sekian..


..Ceriakan HariMu..

Separuh Akhir Piala Aff Suzuki 2010 : Malaysia vs Vietnam..(Bukit Jalil)..

Malam ini (Rabu, 15/12) akan berlangsung perlawanan separuh akhir Piala Aff Suzuki 2010 di Bukit Jalil..Perlawanan melibatkan 2 pasukan iaitu Malaysia dan Vietnam..

Pasukan Malaysia merupakan naib johan kumpulan A dengan mengumpul 4 mata manakala Vietnam adalah juara kumpulan B dengan 6 mata..Pada peringkat kumpulan Vietnam menang 2 perlawanan dan kalah 1 perlawanan..

Vietnam adalah penyandang juara tahun 2008 dimana Vietnam menewaskan Thailand dengan agregat 3-2..Rekod perlawanan pada 2008 menyaksikan Malaysia tewas kepada Vietnam pada peringkat kumpulan dengan jaringan 3-2..Dua gol Malaysia dijaringkan oleh Indra Putra..

Separuh akhir kedua akan dilangsungkan di Hanoi Vietnam pada 18/12/2010..Kepada pasukan Malaysia..Lakukan yang terbaik..

Majulah Sukan Untuk Negara!!

Aci - Aci Buka Pintu Versi Orang Puteh..

Selamat Tengah malam semua..Malam yang hening-hening macam ni, budak-budak takut sangat dengan hantu atau jembalang..Teringat balik lagu lama P.Ramlee..WaveX nak kongsi satu video menarik dari Allahyarham Tan Sri P.Ramlee..Lagu aci-aci buka pintu ini dinyanyikan oleh seorang Mat Saleh..


Respect gila kat Mat Saleh tu sebab boleh mendendangkan lagu Melayu..Bangga jadi orang Melayu..



Selamat Terhibur..

Tuesday, December 14, 2010

Bagaimana mudah untuk bangun solat malam?

Petua dari Imam Al-Ghazali:
 
1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.

2. Jangan tinggalkan tidur qailulah di siang hari.

 
3. Mengetahui dan menginsafi benar-benar keutamaan solat malam dengan mentadabburi selalu ayat-ayat Qur’an dan hadis-hadis serta
kisah-kisah salafussoleh berkenaan dengan bangun malam.

4. Meningkatkan rasa cinta kepada Allah, rasa cinta yang sebenar-benarnya.Istiqamah dalam beribadah di waktu malam itu merupakan anugerah yang Allah berikan kepada kekasih-kekasih-Nya. Bersihkanlah diri dan hati daripada unsur-unsur syirik baik yang nyata atau yang tersembunyi, dan peliharalah ibadah sebelumnya, sesungguhnya seseorang yang berat beban dosanya dari amalan yang dilakukan sebelum tidurnya itu pasti memberatkannya untuk bangkit berkhalwah dengan Allah yang Maha Suci di malam hari.

-Wallahu’alam-

Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran

Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada?Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.

 

01.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT

    "Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]

 

Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.

 

02.Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati

 

    "iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]

 

Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.

 

03.Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.

 

    "dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]

 

Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan.

Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.

Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.

Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.

 

kejayaan-milik-setiap-insan

 

04.Prihatin sesama kita

 

    "dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]

 

Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.

 

05.Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan

 

    "dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]

 

Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.
Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.

 

06.Jujur, amanah

 

    " dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]

 

Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?

Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."

 

07.Tepati waktu

 

    "dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]

 

Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.

Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.

 

    " Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." [23:10,11]

 

    " ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."[2:200]

 

    "Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." [2:201]

 

    "Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya." [2:202]

 

..sumber-iluvislam..

Friday, December 10, 2010

10 Ciri Suami Mithali..

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami.

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10.Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.

Thursday, December 9, 2010

Final Piala Emas Raja - Raja 2010..Kelantan Vs Kedah..

Perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja 2010 yang menampilkan pemain-pemain muda dari setiap pasukan telah sampai ke penghujung saingan..Perlawanan final akan berlangsung pada 11 Disember 2010 di Stadium Sultan Muhammed ke-IV, Kota Bharu..Harga tiket berbumbung RM15 sementara terbuka RM10 dan kanak-kanak RM5..


Perlawanan akhir ini melibatkan dua pasukan bola sepak gergasi tanah air iaitu Kedah dan Kelantan..Kelantan layak ke final selepas menang secara agregat 4-0 ke atas Terengganu manakala Kedah menang secara agregat 3-1 ke atas pasukan Johor..

Pasukan Kedah akan berdepan tugas berat untuk menjinakkan Kelantan bagi memastikan kekecewaan pada musim lalu tidak akan berulang kembali..Pada final musim lalu Kedah tewas di tangan Perlis 2-0..

Wednesday, December 8, 2010

Lawak : Harijadi Ke Tujuh Belas..

Seorang anak bertanya pada ibunya.

Anak : Mama, bila harijadi saya ke-17 nanti, boleh buat pesta dirumah?

Mama : Boleh...boleh..Nanti mama akan aturkan.

Anak : Ma, ..boleh saya mengajak kawan-kawan saya sekali?

Mama : Boleh, ..nanti mama uruskan jemputannya.


Anak : Ma.., boleh saya pakai baju baru berwarna pink tak?

Mama : Boleh...boleh, nanti mama belikan.

Maka tibalah harijadinya yang ke-17 itu, berpestalah dirumahnya, kawan-kawannya sudah datang, anak itu memakai baju barunya dan kembali bertanya pada mamanya.

Anak : Ma..boleh saya pakai lipstick tak?

Mama : Tak boleh!

Anak : Alah.....mama, pada harijadi ke-17 ini kan terjadi cuma sekali dalam hidup, takkan pakai lipstick pun tak boleh...

Mama : Tidak boleh.! Kamu boleh adakan pesta, kamu boleh menjemput rakan-rakan kamu, kamu boleh pakai baju pink baru itu, tapi kamu tidak boleh pakai lipstick

Anak : Alaaaa ....boleh la mama........., please.....

Mama : Azwan!!!!! kali ini mama tidak mahu berkompromi... TIDAK BOLEH, kamukan Lelaki!

Tuesday, December 7, 2010

Keputusan Piala AFF Suzuki..Malaysia vs Laos..

Keputusan Piala AFF Suzuki pada malam ini 7/12 adalah berpihak kepada pasukan Malaysia dan Indonesia..
Malaysia menang ke atas Laos dengan 5-1 manakala Indonesia menang dengan 2-1 ke atas Thailand..

Oleh itu pasukan Malaysia dan Indonesia mewakili kumpulan A untuk ke separuh Akhir Piala AFF Suzuki 2010..



Gol Malaysia dijaringkan oleh Amri Yahyah (2 gol), Amirul Hadi, Talaha dan satu gol sendiri..Tahniah kepada pasukan Malaysia..

Dan terima kasih kepada Bambang yang meledakkan 2 gol untuk memastikan Indonesia mendominasi group A sekali gus melayakkan pasukan Malaysia ke separuh akhir dengan menyingkirkan pasukan Thailand..

Sunday, December 5, 2010

iPod Touch 4G vs Samsung Galaxy S..

Kisah ini berlaku beberapa hari yang lalu..Encik A telah pergi ke lowyat pada suatu petang..Sebelum ke lowyat En. A telah berhenti di Bank Islam untuk mengeluarkan duit..Duit pun berjaya diambil sebanyak RM1500..Setibanya di Lowyat En. A terus melaksanakan misinya untuk membeli sebuah gadget yang bernilai lebih kurang 1000+..Inilah alat yang dimaksudkan..

 

apple-ipod-touch-4g

 

Apakah ini?? Inilah iPod Touch 4G..(waveX baru beli kat lowyat..En. A itu ialah waveX)..Pening betul nak tulis kisah ni..Selepas pulang ke kolej kediaman, waveX dapat bau sebuah alat baru yang turut mempunyai ciri-ciri touch..Rupanya member serumah beli jugak daa..Tapi lain sikit..Alat ni dia beli kat Pertama..

 

 

galaxy-s-550x505

 

Memandangkan kedua-duanya telah membeli gadget baru, masing2 ingin menunjukkan kelebihan masing2..

 

Meh kita tengok sapa menang..

 

  iPod Touch 4G Samsung Galaxy S
Harga 1000+ 2000+
kamera 0.7MP 5MP
OS Apple Android 2.2
GPS - PapaGo

 

Dan banyak lagi…Sila search kat en Google untuk maklumat Lanjut..

Saturday, December 4, 2010

Keputusan Piala AFF Suzuki..4/12/2010..Malaysia vs Thailand..

Hari ini 4/12/2010 Malaysia bertemu dengan pasukan Thailand dalam Piala AFF Suzuki..Perlawanan berlangsung di Bung Karno Stadium, Jakarta..



2 perlawanan berlangsung hari ini..Satu perlawanan lagi melibatkan Indonesia dan Laos..

Keputusan Penuh..

Malaysia       0 - 0       Thailand  

Indonesia       6 - 0       Laos 

Pasukan Malaysia mencatatkan keputusan seri dengan Thailand..Tiada kad merah dikenakan..Mungkin ini satu petanda baik buat pasukan tanah air kita..Apa pun Malaysia perlu menang dengan Laos..
 Majulah Sukan Untuk Negara !!

Untuk keputusan Malaysia vs Indonesia Klik Sini..

Review Blog Bulan November 2010..

Assalamualaikum dan selamat tengah hari..Apa khabar iman korang semua??? Hari ini waveX nak mereview blog wavewsa.blogspot.com (..blog waveX la..hikhik..)..Blog yang telah berumur tapi kurang aktif..

Jumlah entry untuk bulan November 2010 adalah 71..Antara entry-entry popular yang mendapat hit lebih daripada 2000 PV ialah Keputusan Malaysia Vs Kyrgyzstan U23..(Sukan Asia 2010),   Banjir di Kedah..(Jitra)..    Jadual Perlawanan Bola Sepak Malaysia di Sukan Asia GUANGZHOU China 2010..

Jumlah PV dan UV yang agak tinggi berbanding dengan bulan lepas.. Jumlah PV berjumlah 32,199 view..Untuk rumusan penuh sila lihat gambar di bawah..



Jumlah visitor hanya 16,891..Nampaknya masih beginner lagi..Kena banyak belajar dengan otai2 lain ni..Keadaan trafik blog yang kurang stabil..Kadang2 sehari boleh cecah 2000 visitor..Kalau malas blogwalking dan malas update, trafik dalam 300-400 je..


Jumlah visitor banyak disumbangkan oleh En. Google..Hanya 3000 dari link..10,294 dari encik Google..Dan semestinya ramai dari Malaysia..(anak jati Melayu ni)..





Tujuan review ini diadakan bukan untuk show off, tapi sebagai koleksi dan untuk menunjukkan betapa hampehnya blog ini..Mana boleh nak lawan BEN ASHAARI, RED MUMMY, DARKBATMAN..


Apa pun terima kasih kerana sudi membaca..Komen anda sangat berharga..TQ..
Untuk maklumat dan review blog bulan Oktober 2010 -- klik sini ..

Friday, December 3, 2010

Mengapa Wanita Mudah Menangis ??

Wanita lebih cepat menangis daripada lelaki dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis dan tertawa bila ia mampu. Wanita juga adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita maka bermalamlah dalam kegelapan.

1. Punca wanita menangis.
  • Mencuci mata ( merupakan salah satu cara untuk meluahkan rasa stress-dalam masa yang sama, dapat membuang bahan kimia yang terdapat dalam mata)
  • Mengurangkan stress.
  • Tanda keinsafan/penyesalan.
  • Sebagai ugutan emosi.
  
Perempuan mempunyai 9 emosi dan 1 akal. Emosi yang terkumpul banyak ini, membentuk peribadi seseorang wanita yang ketara kelembutannya, kasih, bertimbang rasa dan menghargai orang disekelilingnya.Daya tumpuan akal seseorang wanita , banyak dipengaruhi oleh emosi sama ada ia memberi kesan baik atau pun buruk.

2. Kesan tangisan.
  • Dapat perhatian
  • Suasana rumah tangga tergugat.
  • Lelaki jadi bingung.
  • Orang lain dapat mesej.
  • Mata bersih dan sihat.
Penyelesaian untuk mengurangkan rasa sedih:
1. Senyum dulu + Mengimbau perkara yang membuatkan anda rasa sedih = Perlahan2 melatih diri supaya tidak sedih dan menangis lagi.
2. Selalu berdoa kepada Allah.
3. Belajar untuk redha ( Baik atau buruk adalah untuk kebaikan hamba-NYA)
4. Sentiasa tersenyum – Banyak hormon baik yang keluar dan membantu seseorang wanita untuk memulakan hari dengan penuh keyakinan dan gembira.

Tangisan seseorang wanita adalah untuk melaungkan suara hati – Minta dibelai, disayangi dan dipamerkan kasih sayang. (Ia terpendam dan terbuku dalam hati)..

Ramai yang tidak tahu bahawa apabila seorang suami menaikkan suara samada sedar atau tidak, ia menjadi antara punca mengapa seorang isteri mudah menangis.

Tangisan boleh membawa kesan yang positif, sekiranya dilakukan dengan tindakan yang positif juga..

sumber : Mujahidah Muslimah..

Squasy Negara Layak ke Separuh Akhir..

DELIA Arnold yang bertarung hampir satu jam setengah menentang pemain Mesir, Engy Kheirallah, akhirnya muncul wirawati negara ketika mengejutkan juara bertahan itu 2-1 pada suku akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Wanita Dunia di Palmerston North, New Zealand, semalam.

Skuad wanita negara yang diketuai pemain nombor satu dunia, Nicol Ann David, ketinggalan 0-1 selepas Low Wee Wern tumpas mudah di tangan Raneem El Weleily, 11-5, 11-4, 11-4 dalam tempoh kurang setengah jam.



Nicol bangkit menyamakan kedudukan, tetapi terlebih dulu dipaksa bekerja keras oleh Omneya Abdel Kawy yang mengheret perlawanan ke set keempat selepas merampas set ketiga sebelum menang 11-9, 11-3. 8-11 dan 11-4.
Semuanya bergantung kepada Delia untuk memberikan mata kemenangan dan pemain negara itu tidak mengecewakan apabila bermula baik pada set pertama untuk kemenangan 11-9, tetapi Engy pantas menyamakan kedudukan pada set kedua 11-6.

Set ketiga menyaksikan wakil negara cemerlang meninggalkan lawan 11-3 tetapi kemudian tewas 9-11 pada set keempat sebelum Delia mengesahkan tiket skuad negara ke separuh akhir dengan kemenangan set penentuan 11-8.

Malaysia yang pencapaian terbaik di kejohanan ini adalah tempat ketiga pada dua edisi lalu (2008 dan 2006), kini berpeluang memperbaiki pencapaian sekiranya berjaya menundukkan Australia pada pertemuan separuh akhir hari ini. Tuan rumah, New Zealand bakal berdepan naib juara, England.

credit to BH

Thursday, December 2, 2010

Lawak : Fantasi Pemandu Teksi..

Seorang Nurse, Ratna menahan teksi. Sedang dalam perjalanan... Pemandu teksi iaitu Feddy asyik memerhati Nurse itu melalui cermin tengahnya..Merasa kehairanan... Nurse itu bertanya...


"Encik.. kenapa encik melihat saya begitu ??"


Feddy tersenyum malu dan berkata...


" Sebenarnya... saya selalu berfantasi....maaf ya... saya sangat ingin mencium seorang Nurse..."

 

japan-nurse


"Oh begitu!! tak der masalah... encik boleh mencium saya.. kalau itu memang memberikan ketenangan buat encik... tapi saya ada syarat iaitu encik mesti masih single" kata Nurse...


Feddy gembira dan berkata...
"iya...iya, saya masih single".


Kemudian teksi itu diberhentikan di jalan sepi... Feddy terus mencium nurse itu selama 10 minit... kemudian mereka pun meneruskan perjalanan kembali.
Tapi feddy menangis teresak-esak sambil berkata...


"Maafkan saya cik... saya merasa bersalah... sebenarnya saya sudah berkahwin".
Mendengar penerangan itu Ratna tersenyum bijak dan berkata...


"Sudahlah encik... tidak ada apa-apa yang perlu di bimbangkan... Saya juga bersalah. Saya juga bukanlah seorang Nurse... saya adalah seorang Mak Nyah yang kebetulan dalam perjalanan menuju ke pesta pakaian beragam"

Wednesday, December 1, 2010

Keputusan Piala AFF Suzuki 2010..(Malaysia vs Indonesia)..1/12..

Assalamualaikum seperti yang kita tahu, hari ini 1/12 akan berlangsung 2 perlawanan dalam kumpulan A bagi Piala AFF Suzuki 2010 yang berlangsung di Indonesia..

Perlawanan antara Thailand dan Laos bermula pada pukul 6 petang manakala antara Malaysia dan Indonesia pada pukul 8.30 malam..

SUZUKI.2010

Keputusan Penuh Perlawanan :

Thailand       2 – 2       Laos
Malaysia      1 - 5        Indonesia

Gol Malaysia dijaringkan oleh Sharul Idlan Talaha..
Gol indonesia dijaringkan oleh Gonzales, Ridhwan, Suyono, Bachdim dan satu gol sendiri oleh Asrarudin..

Untuk Jadual Penuh Kumpulan A klik sini..

Tuesday, November 30, 2010

Gambar Treler Asid Terbabas di Ayer Keroh..


KEMALANGAN yang membabitkan tiga kereta dan sebuah lori tangki membawa asid dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru di KM198, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Ayer Keroh, pagi ini menyebabkan laluan sesak sepanjang tiga kilometer. Setakat ini, beberapa pengguna cedera termasuk pemandu lori tangki yang dikatakan sesak nafas akibat terhidu asid yang tumpah dan mereka kini dirawat di Hospital Alor Gajah. - Foto Rasul Azli Samad..

Piala AFF Suzuki : Jadual Perlawanan Kumpulan A..

Kumpulan A

1 Disember


Indonesia vs Malaysia 
7.30 mlm
Bung Karno Stadium, Jakarta
  
Thailand vs Laos
5.00 ptg
Bung Karno Stadium, Jakarta



4 Disember
  
Thailand vs Malaysia
5.00 ptg
Bung Karno Stadium, Jakarta

Indonesia vs Laos
7.30 mlm
Bung Karno Stadium, Jakarta

7 Disember

Malaysia vs Laos
7.30 mlm
Jakabaring Stadium,Palembang




Indonesia vs Thailand
7.30 mlm
Bung Karno Stadium, Jakarta

Monday, November 29, 2010

Lawak : 2 Orang Kaya Dan Pemandunya..

Suatu hari ada dua orang kaya sedang duduk di cafe, sambil menggosip pemandunya.

Orang kaya I : " Hei, kau tau tak, pemandu aku ini bodohnya setengah mampus ! Kalau kau tak percaya cuba lihat nie."



Terus dia panggil pemandunya si King Kong " King Kong, ini 10 ringgit, pergi ke kedai kereta, dan belikan aku Mercedez."

King Kong pun menjawab dengan sopan,
" Yes Sir !! Right A way !!" Dengan pantas terus ke kedai kereta.

Orang kaya I itu beritahu ke temannya,
" Nampak? Apa aku cakap....dia buat betul-betul"

Orang kaya II : " Haha....itu belum apa-apa, kau nak tengok, pemandu aku lagi teruk dari itu. Biar aku tunjukkan pada kau." Terus orang kaya II memanggil pemandunya Rambo. " Rambo, pergi ke rumah aku, cuba lihat sama ada aku ada kat rumah ke tidak ?"

Rambo: " Yes Sir !! Right A Way !!" dan dia terus cabut ke rumah tuannya.

Orang kaya II beritahu kepada temannya tadi, " Nampak apa yang aku cakapkan ? Dia tak ada otak untuk berfikir, mana boleh aku ada di dua tempat yang berbeza dalam satu masa.

Tdak berapa lama kemudian, kedua pemandu itu bertemu di jalan,
King Kong : " Ehh you know, my boss is very stupid laaaahhh. Dia kasih aku 10 ringgit dan suruh aku beli mercedez di kedai kereta, mana boleh ?? Kau kan tahu sekarang kan hari minggu. Semua kedai kereta tutup!!"

Rambo : " Kau fikir boss kau stupid ha ? boss aku lagi stupid!! Masa dia suruh aku balik rumah lihat, apakah dia ada di rumah.....Padahal dia kan boleh check sendiri telefon je la ke rumahnya!!"

Sunday, November 28, 2010

Jemputan ke Premiere Screening Narnia..

Assalamualaikum semua, tadi waveX check email lepas tu ada satu email yang membuatkan hati yang gundah ini terus melonjak kegembiraan..Haha, mari kita tengok apa email tu..

Untitled picture

Satu lagi jemputan ke premiere screening dari ChurpChurp..Nasib baik yang ni kat Mid Valley, dekat sikit..Jom pegi..Sapa2 yang dapat, kita jumpa kat sana!!

1289985536_470x353_the-chronicles-of-narnia-the-voyage-of-the-dawn-treader-picture

Saturday, November 27, 2010

Sukan Asia 2010 : Senarai Atlet Dapat Emas..

Hari ini akan berakhir sukan Asia 2010 ini dan Malaysia sudah pun mencapai sasaran 9 emas yang dianggarkan..Tahniah kepada kontijen Malaysia..Kedudukan sekarang (27/11 2.00 pm) dalam pungutan pingat adalah di tempat ke-10..

 

Senarai atlet yang mendapat emas adalah seperti berikut :

 

Untitled picture